Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri

Dalam usaha menangani masalah kemiskinan di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan telah memperkenalkan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. 

Pemberian bantuan berbentuk mesin dan peralatan kepada usahawan kecil bernilai sehingga RM10,000.00

Maklumat lanjut mengenai bantuan Blueprint ini adalah sebagaimana berikut;

Apakah Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?

Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan. 

Program ini merupakan satu program yang dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi kumpulan sasar menerusi projek ekonomi yang berdaya maju dan berpotensi untuk berkembang.

Secara langsung ia bertujuan untuk meningkatkan pendapatan kumpulan sasar iaitu golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Kumpulan Sasar

Program ini melibatkan golongan miskin & berpendapatan rendah yang mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang-bidang berikut:

  • Jahitan
  • Perniagaan makanan
  • Kraftangan

Syarat Utama Permohonan

Permohonan bagi bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan hendaklah menepati syarat dan kriteria berikut;

  1. Pendapatan seisi rumah RM3, 000.00 dan ke bawah ATAU
    pendapatan individu RM2,000.00 dan ke bawah.
  2. Pemastautin tetap Negeri Selangor (sekurang-kurangnya 10 tahun)
  3. Menjalankan aktiviti perniagaan di dalam negeri Selangor sahaja
  4. Telah memulakan perniagaan/ perusahaan sekurang-kurangnya 1 tahun.
  5. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.

Cara Memohon

Permohonan bantuan boleh dibuat di Pejabat Daerah Terdekat masing-masing.

Info Lanjut, sila layari https://ssipr.selangor.gov.my/

Banyak syarat dilonggarkan, lebih ramai dijangka mohon alatan niaga tahun ini

SHAH ALAM, 25 JAN: Permohonan bantuan blueprint pembasmian kemiskinan dijangka bertambah tahun ini berikutan kelonggaran beberapa syarat, kata EXCO pembangunan sosioekonomi.

Menurut V Ganabatirau, syarat itu membabitkan nilai bantuan peralatan dan mesin sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 tahun lalu selain had usia pemohon diturunkan kepada 21 tahun.

Katanya, bantuan itu juga kini terbuka kepada penjaja, peniaga dan individu bekerja sendiri yang berpendapatan bulanan bawah RM3,000 berbanding RM1,500 sebelum ini.

“Kita menambah baik kriteria permohonan ini supaya kelayakannya lebih ramai walaupun peruntukan keseluruhan masih kekal RM2 juta bagi melaksanakan program ini,” katanya ketika dihubungi.

Ganabatirau berkata pihaknya akan berbincang dengan semua pejabat tanah dan daerah mulai bulan depan bagi menentukan individu yang layak menerima bantuan itu hasil permohonan hujung tahun lalu.

“Pada masa sama, kita minta pandangan Unit Perancang Ekonomi Negeri dan penghulu kampung yang turut melakukan pemeriksaan secara rawak,” katanya menambah Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) menjadi pembekal peralatan dan mesin bagi program berkenaan tahun ini.

Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk sejumlah RM2 juta bagi meneruskan program blueprint kemiskinan yang mula diperkenal sejak 2008 dengan menyasar golongan berpendapatan rendah (B40).

Program yang memanfaatkan 236 individu tahun lalu turut menyasar peserta yang menceburi perusahaan jahitan, perniagaan runcit, makanan, asuhan kanak-kanak, perusahaan kecil serta kraftangan.

Sumber: Inisiatif Peduli Rakyat Negeri Selangor

The post Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar