Sumbangan Tambang Pengajian Luar Negara Negeri Johor

Sukacitanya Majlis Agama Islam Johor (JAIJ)  membuka permohonan Sumbangan Tambang Pengajian Luar Negara untuk anak-anak Bangsa Johor yang berkelayakan 

Bantuan atau sumbangan ini dibuka untuk semua jenis pengajian atau kursus yang patuh syariah  di luar negara tertakluk pada terma dan syarat Majlis Agama Islam Johor.

Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan cara memohon, ikuti secara lanjut di bawah.

Tempo Permohonan 

Bagi permohonan bantuan ini, tarikh tutup adalah pada 31 Disember 2023 (Ahad).

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan bagi Sumbangan Tambang Pengajian Luar Negara Majlis Agama Islam Johor;

  1. Islam
  2. Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
  3. Lahir dan menetap di Johor
  4. Telah menerima surat tawaran pengajian daripada universiti
  5. Tempahan tiket telah dilaksanakan
  6. Kursus pengajian yang patuh syariah
  7. Untuk tujuan pendaftaran kali pertama serta tamat pengajian sahaja
  8. Mod pengajian sepenuh masa dan tempoh pengajian sekurang-kurangnya setahun pengajian.

Cara Memohon

Anak-anak Bangsa Johor yang berkelayakan berdasarkan syarat-syarat di atas, boleh mengemukakan permohonan secara online melalui Google Form berikut;

https://forms.gle/F33Ac8RQVZYoEGBk8

Maklumat Yang Perlu Dikemukakan

Pemohon perlu mengemukakan beberapa maklumat berikut ketika mengisi borang permohonan iaitu;

Maklumat Pemohon

  1. Nama Pemohon
  2. No Kad Pengenalan
  3. Alamat Surat Menyurat
  4. Email
  5. No Akaun Bank
  6. Nama Bank
  7. Institusi Pengajian
  8. Kursus Pengajian
  9. Tempoh Pengajian

Maklumat Bapa/Ibu/Penjaga

  1. Nama
  2. No Kad Pengenalan
  3. Pekerjaan
  4. Gaji Pokok + Elaun
  5. Nombor Telefon

Butiran Tanggungan Ibubapa

Lampiran

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Tiket Penerbangan (Salinan tersebut mestilah tertera harga tiket.)
  3. Slip Gaji/Pengesahan Pendapatan Penjaga
  4. Surat Tawaran Pengajian/Transkrip Tamat Pengajian
  5. Salinan Passport
  6. Salinan Penyata Bank (Tertera nombor akaun bank dan nama pemohon)

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut mengenai Sumbangan Tambang Pengajian Luar Negara untuk anak-anak negeri Johor ini, sila ikut;

Semoga adanya bantuan ini, dapat memudahkan urusan anak-anak kita yang belajar di luar negara. Mohon sampaikan juga maklumat ini kepada yang lain agar kita dapat manfaat bersama.

Sumber: Majlis Agama Islam Johor

The post Sumbangan Tambang Pengajian Luar Negara Negeri Johor appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar