Pendaftaran Skim Insurans Am Selangor (INSAN) RM10,000

Seramai 6 juta rakyat Selangor akan menerima perlindungan insurans menerusi Skim Insurans Am Selangor (INSAN). Insurans ini adalah pertama kali ditawarkan oleh Kerajaan Negeri di Malaysia.

Skim ini dapat memberi perlindungan penuh kepada seluruh rakyat Selangor khususnya ketika berdepan keadaan sukar dan mencabar ketika ini.

Menurut Menteri Besar Selangor, usaha ini demi menjamin kehidupan bermartabat, harga diri dan nyawa rakyat Selangor dengan nilai gantian bagi setiap kehilangan nyawa akibat kemalangan

Beliau memaklumkan skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion boleh didaftar mulai 1 Oktober 2022.

Berikut merupakan maklumat berkaitan pendaftaran dan syarat kelayakan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

Apa Itu Skim Insuran Am Selangor?

Skim Insurans Am Selangor (INSAN) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.

Program ini akan memberi manfaat kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor yang berumur 30 hari sehingga 80 tahun. M40, B40, orang Melayu, orang Cina, orang India, lelaki atau wanita, semuanya layak untuk bantuan ini.

Tarikh Pendaftaran

Pendaftaran boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022  (Sabtu) hingga 30 September 2023 (Sabtu).

Syarat dan Kelayakan

Sebagai penghargaan kepada setiap insan yang menyumbang kepada ekonomi negeri Selangor, kerajaan negeri telah melonggarkan syarat kelayakan bantuan ini.

Syarat kelayakan:

1. Berumur di antara 30 hari sehingga 80 tahun

2. Lahir di Selangor (pemegang MyKAD dengan kod 10), ATAU penduduk di Selangor (beralamat MyKAD di Selangor), ATAU pengundi di Selangor

Tiada yuran pendaftaran.

Semuanya dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama AmGeneral Insurance.

Kelayakan INSAN SELANGOR

Cara Pendaftaran

Pendaftaran INSAN boleh dibuat secara atas talian (online) melalui aplikasi WavPay sebagaimana berikut;

  1. Muat turun, pasang dan daftar akaun aplikasi Wavpay E-Wallet samaada dari
  2. Klik pada banner program (yang tertulis Skim Insuran Percuma INSAN)
  3. Lengkapkan maklumat sehingga selesai
  • Cara Pendaftaran INSAN Selangor 01
  • Cara Pendaftaran INSAN Selangor 02
  • Cara Pendaftaran INSAN Selangor 03

Jumlah Perlindungan

Jumlah manfaat yang akan diterima adalah RM10,000 bagi perlindungan terhadap kematian, kemalangan dan juga penyakit mengikut jenis yang akan ditetapkan.

Info dan maklumat lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut boleh hubungi khidmat pelanggan sebagaimana maklumat berikut;

  • Talian 1: +60162504199
  • Talian 2: +60164354199
  • Talian 3: +60164474199
  • Talian 4: +60162534199
  • Talian 5: +60162514199

E-mel: insanbantuan@wavpay.net

Info lanjut juga boleh layari https://wavpay.net/

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Skim Insurans Am Selangor (INSAN)?

Skim Insurans Am Selangor (INSAN) merupakan jaringan keselamatan sosial yang bertujuan memberi pampasan sebanyak RM10,000 kepada setiap rakyat dan pengundi Selangor, sekiranya berlaku kematian, kemalangan atau penyakit mengikut jenis.

Bilakah tarikh pendaftaran INSAN?

Mulai 1 Oktober 2022 (Sabtu) hingga 30 September 2023 (Sabtu)

Apakah Syarat Kelayakan?

– Lahir atau pengundi di Selangor
– Berumur 30 hari sehingga 80 tahun

Bagaimanakah Cara Pendaftaran?

Pendaftaran INSAN boleh dibuat secara atas talian (online) mahupun fizikal.

Kerajaan Negeri akan memaklumkan dari semasa ke semasa mengenai cara pendaftaran ini.

Adakah Skim Ini Percuma?

Ya percuma

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

The post Pendaftaran Skim Insurans Am Selangor (INSAN) RM10,000 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar