Khairat Tabung Haji (TH Khairat): Manfaat Perlindungan RM12,000

Istimewa untuk pendeposit Tabung Haji, TH kini memperkenalkan TH Khairat kepada semua pendeposit yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya).

Khairat Tabung Haji (TH Khairat) adalah sesuai untuk mereka yang mungkin sudah mempunyai penyakit yang menyebabkan mereka gagal mendapat perlindungan Takaful.

Ia juga sesuai kepada golongan yang mempunyai banyak komitmen kewangan serta tidak mampu menyumbang kepada plan-plan takaful di luar sana. Ini kerana TH Khairat adalah perlindungan takaful yang mampu dimiliki.

Oleh yang demikian, TH khairat ini amat sesuai dan bermanfaat buat pendeposit dan ahli keluarga tersayang sekiranya berlaku kemalangan atau hilang upaya kekal.

Apa Itu TH Khairat?

Tabung Haji Khairat (TH Khairat) merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28.

Sebahagian daripada jumlah perlindungan iaitu RM2,000 boleh didermakan (Infaq) bagi pihak pendeposit kepada organisasi kebajikan yang telah dilantik.

Iklan Khairat Tabung Haji - TH Khairat

Jumlah dan Kaedah Bayaran

Jumlah langganan tahunan adalah RM28.

Secara purata, pendeposit hanya perlu membayar RM2.34 sebulan.

Kaedah bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun TH secara tahunan.

Pendeposit hanya perlu memastikan baki akaun yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100.

Syarat dan Terma Pendaftaran TH Khairat

  1. Terbuka kepada pendeposit TH berumur 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya).
  2. Pendaftaran bagi pendeposit berumur bawah 18 tahun hendaklah didaftarkan oleh penjaga yang mentadbir akaun tersebut.
  3. Pastikan baki akaun yang boleh digunakan berjumlah sekurang-kurangnya RM100.
  4. Bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun TH secara tahunan.
  5. Polisi tidak akan diperbaharui sekiranya pendeposit melebihi had umur 65 tahun (hari lahir berikutnya) atau baki akaun kurang daripada RM100.
  6. Pendeposit boleh menamatkan polisi pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada pengendali Takaful yang dilantik.
  7. Bayaran langganan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya langganan ditamatkan atas apa jua sebab sekalipun.
  8. Penerima manfaat yang dinamakan mestilah:
    1. Mempunyai akaun TH
    2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  9. Pendeposit tertakluk kepada 3 bulan tempoh menunggu (waiting period) bagi kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh semulajadi (natural death/TPD) dan tiada tempoh menunggu bag kematian/hilang upaya kekal dan menyeluruh disebabkan kemalangan.
  10. Tuntutan boleh dibuat dengan muat turun borang tuntutan di patan yang disediakan di laman utama THiJARI dan dihantar terus kepada pengendali Takaful.
  11. Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat dan tidak boleh dipindah milik.
  12. Urusan Infaq daripada jumlah perlindungan diuruskan sepenuhnya oleh pengendali Takaful. 
  13. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di Helaian Keterangan Produk (Product Disclosure Sheet) pengendali Takaful yang dilantik.

Cara Pendaftaran

Sekiranya anda ingin melanggan TH Khairat ini, pendaftaran boleh dibuat di Portal atau Aplikasi THiJARI sebagaimana berikut;

https://www.thijari.com.my/

  • Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
  • Pilih TH Khairat di menu portal atau aplikasi THiJARI
  • Klik pendaftaran, baca terma dan syarat dan klik setuju
  • Pilih nama (nombor akaun)
  • Klik Cari
  • Pilih  Maklumat Pemohon (pastikan semua maklumat pendeposit adalah betul)
  • Isi Maklumat penerima manfaat (Contohnya Isteri atau suami)
    • Nombor MyKad
    • Nombor akaun TH
  • Klik Cari dan akan keluar maklumat penerima setelah nombor mykad dan akaun TH diisi
  • Klik Berikutnya
  • Pilih Jenis Takaful > Kematian Atau Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh
  • Pilih Pengendali Takaful samaada
    • SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA KELUARGA BERHAD atau,
    • HONG LEONG MSIG TAKAFUL
  • Pilih Untuk Infaq Sama ada YA atau TIDAK (sekiranya YA, RM2,000.00 daripada jumlah perlindungan akan di Infaqkan kepada organisasi terpilih, sila rujuk FAQ untuk maklumat laniut)
  • Klik butang berikutnya.
  • Klik Kotak Pengesahan bagi mengesahkan bahawa anda  telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan semua pengakuan dan terma seperti yang dinyatakan di atas.
  • Akhir sekali Klik butang SAH

Klik Download atau cetak resit TH Khairat untuk rujukan masa akan datang

Terma & Syarat Penerima Manfaat

  1. Penerima manfaat yang dinamakan mestilah:
    1. Mempunvai akaun TH
    2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat terkini dan tidak boleh dipindah milik.
  3. Penerima manfaat boleh dikemas kini pada bila-bila masa.

Kemas Kini

Penerima manfaat boleh dikemas kini pada bila-bila masa.

Sekiranya ingin mengekaskini penerima manfaat, caranya adalah sebagaimana berikut;

Layari https://www.thijari.com.my/

  • Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
  • Pilih TH Khairat di menu portal atau aplikasi THiJARI
  • Pilih kemas kini

Semak Status

Pendeposit juga boleh membuat semakan status TH Khairat di laman portal THiJARI.

  • Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
  • Pilih TH Khairat di menu portal atau aplikasi THiJARI
  • Pilih Semak Status

Cara Tuntutan TH Khairat

Tuntutan boleh dibuat dengan muat turun borang tuntutan di patan yang disediakan di laman utama THiJARI dan dihantar terus kepada pengendali Takaful.

Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat dan tidak boleh dipindah milik.

Info Lanjut dan Pertanyaan

​​Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi Tabung Haji Contact centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Layari https://www.facebook.com/TabungHaji untuk sebarang info terkini daripada Tabung Haji.

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai Tabung Haji Khairat;

Apa Itu TH Khairat?

Tabung Haji Khairat (TH Khairat) merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh dengan langganan tahunan serendah RM28.

Sebahagian daripada jumlah perlindungan iaitu RM2,000 boleh didermakan (Infaq) bagi pihak pendeposit kepada organisasi kebajikan yang telah dilantik.

Apakah manfaat perlindungan?

Perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh

Berapakah kadar bayaran?

RM28 yang dibayar secara tahunan

Bagaimanakah kaedah bayaran?

Kaedah bayaran langganan akan didebitkan daripada akaun TH secara tahunan.

Bagaimanakah cara memohon TH Khairat?

Melalui THiJARI samaada di portal atau aplikasi telefon

Apakah syarikat takaful yang mengendalikan pelan ini?

1) SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA KELUARGA BERHAD
2 HONG LEONG MSIG TAKAFUL

Bagaimanakah cara tuntutan TH Khairat

Tuntutan boleh dibuat dengan muat turun borang tuntutan di patan yang disediakan di laman utama THiJARI dan dihantar terus kepada pengendali Takaful.

Tuntutan hanya boleh dibuat sekali sahaja oleh penerima manfaat dan tidak boleh dipindah milik.

The post Khairat Tabung Haji (TH Khairat): Manfaat Perlindungan RM12,000 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar