RM150 Insentif Subsidi Carseat Kanak-Kanak MyCRS 2023

Dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak dalam perjalanan ketika dalam kenderaan, kerajaan meneruskan pemberian subsidi carseat di bawah program insentif MyCRS 2023.

Kerusi Keselamatan Kanak-kanak merupakan alat yang penting bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Ia membantu melindungi kanak-kanak semasa berlakunya kemalangan jalanraya dengan cara mengurangkan risiko kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

PENGGUNAAN car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint Systems (CRS) memang bagus untuk menjamin keselamatan mereka dalam perjalanan ketika di dalam kenderaan.

Apakah itu insentif MyCRS 2023?

Program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) merupakan program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40 dan M40. 

Ianya merupakan program insentif kepada rakyat Malaysia demi meningkatkan keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Insentif MyCRS 2023

Tempoh Sah Insentif MyCRS 2023

Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.

Syarat dan Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan bagi subsidi insentif MyCRS 2023;

  1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
  2. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang MyCRS MIROS www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.

Semakan kelayakan Car Seat MyCRS 2023

Cara  Memohon Insentif MyCRS 2023?

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023

Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS www.mycrs.gov.my.

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:

  1. Salinan MyKad pemohon; DAN
  2. MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
  3. Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)

Cara Menebus Insentif MyCRS 2023?

Anda boleh menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

Jumlah Insentif / Subsidi

Jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150. 

CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 ke atas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

Insentif Maksimum sehingga RM150 pembelian CRS

Adakah saya akan dapat CRS secara percuma?

Ya, sekiranya anda memilih CRS yang berharga kurang daripada RM150.

Info Lanjut

Sebarang info lanjut, sila layari laman portal rasmi berikut;

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu insentif MyCRS 2023?

Program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) merupakan program insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak kepada golongan B40 dan M40. 

Siapakah yang layak untuk menerima insentif subsidi ini?

a) Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
b) Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
c) Warganegara yang menetap di Malaysia

Bagaimanakah untuk menyemak kelayakan bagi insentif kerusi keselamatan kanak-kanak ini?

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang MyCRS MIROS www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.

Bagaimanakah saya boleh memohon insentif ini?

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.

Berapakah jumlah bilangan CRS yang boleh saya beli di bawah program insentif ini?

Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

Saya dijangkakan akan melahirkan anak pada tahun 2023, adakah saya boleh memohon insentif melalui sistem ini?

Anda boleh memohon insentif MyCRS 2023 bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023 di laman sesawang www.mycrs.gov.my. Semakan kelayakan adalah selepas 1 minggu dari tarikh anda mendaftar. Sila kemukakan buku rekod kesihatan ibu mengandung atau Buku Pink ketika membuat penebusan insentif.

The post RM150 Insentif Subsidi Carseat Kanak-Kanak MyCRS 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar