Rayuan STR 2023 Untuk Pemohon Status Tidak Lulus

Kepada mereka yang tidak lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, jangan risau kerana kerajaan akan membuka permohonan rayuan STR awal bulan Julai 2023.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan Bantuan Rahmah ini.

Ia juga sebagai  langkah bagi memastikan program STR 3 ini disasarkan kepada mereka yang layak.

Tempoh Rayuan STR 2023

Tempoh permohonan rayuan STR 2023

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia melalui infografik di Facebook memaklumkan, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 3 Julai 2023 (Isnin) hingga 31 Julal 2023 (Isnin).

Ia bertujuan bagi memastikan program STR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Siapa Yang Layak Membuat Permohonan Rayuan STR?

Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.

Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.

Cara dan Kaedah Membuat Rayuan STR

Permohonan Rayuan STR boleh dibuat mulai 3 Julai hingga 31 Julai melalui kaedah berikut’

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi MySTR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my/; atau 
  2. Penghantaran Borang Rayuan kaunter LHDNM yang berhampiran. 

Anda digalakkan untuk membuat permohonan rayuan secara dalam talian kerana ia lebih mudah, cepat dan selamat.

Satu menu “Permohonan Rayuan” dalam portal MySTR akan dibuka pada 3 Julai bagi membolehkan pemohon yang berstatus tidak lulus, untuk membuat rayuan.

Anda perlu log masuk MySTR dengan mengemukakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan 

Bagi rayuan ini, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan STR 2023.

Antara dokumen yang diperlukan seperti MyKad pemohon atau pasangan, MyKad atau MyKid anak, sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan), dokumen pengenalan pasangan, dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan kelak oleh LHDNM.

Kod Tidak Lulus STR

Mereka yang tidak lulus permohonan STR akan menerima status “Tidak Lulus” beserta nombor kod dan kod keterangan sebagaimana contoh di bawah;

  • 02 - Kod Tidak Lulus STR
  • 06 - Kod Tidak Lulus STR
  • 08 - Kod Tidak Lulus STR
  • 10 - Kod Tidak Lulus STR
  • 15 - Kod Tidak Lulus STR
  • 22 - Kod Tidak Lulus STR
  • 31 - Kod Tidak Lulus STR
  • 33 - Kod Tidak Lulus STR
  • 35 - Kod Tidak Lulus STR
  • 43 - Kod Tidak Lulus STR
  • 73 - Kod Tidak Lulus STR
  • Tempoh permohonan rayuan STR 2023

Kod dan Kod Keterangan Bagi Alasan Tidak Lulus STR

Antara kod dan alasan tidak lulus STR adalah sebagaimana berikut;

Kod Kod Keterangan
02 Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkanNama / Nombor Pengenalan
06 Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
08 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000
10 Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
15 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham
22 Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon /Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah(B40).
31 Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
33 Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain
35 Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain
43 Status Perkahwinan perlu pengesahan
73 Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan

Nota: LHDNM akan mengeluarkan senarai penuh Kod dan keterangan kod dalam masa terdekat.

Bila Boleh Diketahui Status Kelulusan Rayuan 

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan, status kelulusan akan dimaklumkan selepas ini oleh Kementerian Kewangan.

Namun, dijangkakan status kelulusan bagi mereka yang membuat rayuan ini akan diketahui pada fasa 4 STR sekitar bulan November 2023.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  2. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  3. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  5. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC. 

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah permohonan rayuan STR dibuka?

3 Julai 2023 (Isnin) hingga 31 Julal 2023 (Isnin).

Siapa yang layak membuat rayuan?

– Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.
– Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.

Bagaimana caranya untuk membuat rayuan bantuan ini?

1. Secara dalam talian di Portal Rasmi MySTR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my/; atau 
2. Penghantaran Borang Rayuan kaunter LHDNM yang berhampiran. 

Apakah maksud kod 10 dan keterangan?

Kod 10 bermaksud “Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500”

Apakah maksud kod 22 dan keterangan?

Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon /
Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah
(B40).

The post Rayuan STR 2023 Untuk Pemohon Status “Tidak Lulus” appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar