Permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA 2023

MARA menawarkan Program Graduan Cemerlang (Graduate Excellence Programme – GrEP) iaitu program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pengajian ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.

Calon-calon yang berkelayakan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan, bolehlah membuat permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di bawah.

Apakah itu Graduate Excellence Programme (GrEP)?

Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Poster Program Graduan Cemerlang MARA (GrEP 2023)

Tempoh Permohonan

23 Mei 2023 (Selasa) hingga 6 Jun 2023 (Selasa).

Syarat Kelayakan Program Graduan Cemerlang (GrEP)  

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut: 

Syarat Umum

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertarafBumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2023
Had umur pemohon pada 31 Disember 2021
  1. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda/sarjana dengan kejayaan akademik
  2. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  3. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan undang- undang MARA.
  4. Pemohon tidak pernah menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana- mana badan penaja bagi peringkat pengajian yang sama.
  5. Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  6. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Akademik

  1. Syarat kelayakan akademik adalah seperti berikut;
Syarat Akademik GreP 2023
  1. Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang- kurangnya enam (6) bulan.
  2. Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Syarat-Syarat lain

  1. Permohonan pinjaman pelajaran ini terbuka kepada pemohon yang akan atau sedang melanjutkan pengajian tertakluk kepada syarat seperti berikut:
    1. Pemohon yang AKAN memulakan pengajian sebelum 31 Disember 2023.
  2. Pemohon mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian di dalam negara seperti di LAMPIRAN A.
  3. Pemohon yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara perlu mendapatkan Tawaran Bersyarat (Conditional Offer) atau Tanpa Syarat (Unconditional Offer) dari Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti di LAMPIRAN C sebelum mengemukakan permohonan. Hanya bidang-bidang seperti LAMPIRAN C sahaja yang dipertimbangkan untuk ditawarkan kemudahan pinjaman ini.
  4. Bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) ke luar negara hanya bidang Sains Perubatan sahaja yang layak dipertimbangkan.
  5. Pemohon pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang akan mengikuti pengajian secara penyelidikan perlu menyediakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) bagi tujuan rujukan dan semakan untuk kelulusan.
  6. Hanya pemohon yang sedang berkhidmat dan mendapat pelepasan daripada pihak majikan sahaja yang akan dipertimbangkan bagi pengajian ke LUAR NEGARA peringkat Doktor Falsafah (PhD). Jika pemohon tidak mendapat pelepasan dari pihak majikan, pemohon boleh memohon pengajian secara SEPARUH MASA di DALAM NEGARA sahaja.
  7.  Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini tidak akan dipertimbangkan.
  8.  Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan badan-badan berkuasa pengiktirafan dalam negara seperti Majlis Peguam, Malaysian Medical Council (MMC),Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya.
  9.  Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti di LAMPIRAN B dan LAMPIRAN C.
  10.  Bagi pemohon yang sedang bekerja boleh dipertimbangkan untuk pengajian secara SEPARUH MASA di dalam negara dan hanya akan dipertimbangkan pinjaman untuk yuran pengajian sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti LAMPIRAN B.

Tempoh Pengajian

Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sarjana            : Maksimum 2 tahun
  • Doktor Falsafah : Maksimum 4 tahun

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA https://educationloan.mara.gov.my mulai 23 Mei sehingga 06 Jun 2023.
  • Permohonan mesti dikemukakan di dalam talian (online) melalui pautan yang disediakan.
  • Dokumen sokongan di dalam sistem perlulah dimuat naik seperti yang tertera di dalam panduan permohonan program.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

Bahagian Penganjuran Pelajaran 
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.


Emel : 
grepdn@mara.gov.my (bagi permohonan dalam negara) 
grepln@mara.gov.my (bagi permohonan luar negara) 

Maklumat lanjut berkaitan Graduate Excellence Programme (GrEP);

Sumber: Facebook MARA & Laman Web MARA 

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim mengenai program yang ditawarkan;

Apakah itu Graduate Excellence Programme (GrEP)?

Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Apakah yang dimaksudkan dengan Pinjaman Boleh Ubah?

PBU bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan bagi pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Adakah Program GrEP 2023 yang ditawarkan oleh MARA ini merupakan Biasiswa atau Pinjaman Boleh Ubah?

Program GrEP ialah pinjaman boleh ubah. Pelajar perlu membuat permohonan pengurangan bayaran balik setelah tamat pengajian kelak. Selain itu, pinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah.

Apakah kursus dan syarat kelayakan untuk melayakkan saya memohon Program GrEP?

Kursus dan syarat kelayakan Program GrEP boleh dirujuk pada garis panduan permohonan semasa permohonan dibuka.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon Program GrEP?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my sebaik permohonan dibuka. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi borang permohonan. Pemohon juga dinasihatkan membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Bilakah permohonan akan dibuka?

Permohonan akan dibuka bermula 23 Mei (Selasa) sehingga 06 Jun (Selasa).

Bolehkah saya memohon Program GrEP sekiranya Ibu/ Bapa/ Penjaga/ Penjamin saya telah disenarai hitam oleh MARA?

Tidak boleh. Ibu, ayah, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai hitam MARA.

Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit MARA sebelum memohon Program GrEP.

Sekiranya permohonan telah ditutup, adakah saya boleh memohon secara manual menggunakan surat permohonan?

Permohonan secara manual tidak dibenarkan.

The post Permohonan Program Graduan Cemerlang (GrEP) MARA 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar