eBelia Rahmah Touch N Go: Cara Claim & Guna eWallet RM200

Touch ‘n Go eWallet merupakan antara 3 penyedia rasmi perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program eBelia Rahmah 2023 selain daripada Boost dan Setel.

Bagi tahun 2023, Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program eBelia Rahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak.

Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 program eBelia Rahmah mulai 8.00 pagi pada Isnin, 26 Jun 2023.

Apakah Inisiatif eBelia Rahmah?

  • Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
  • Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.
  • Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Tempoh Permohonan & Claim Kredit

Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.

Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.

Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. 

Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat Kelayakan eBelia Rahmah RM200

Syarat-syarat kelayakan tuntutan melalui Touch n Go eWallet adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang mencapai umur 18-20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 – 2005)

ATAU

  1. Pelajar sepenuh masa warganegara Malaysia di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar
  2. Sudah membuat pengesahan akaun Touch ‘n Go eWallet (verifikasi eKYC)
Syarat Kelayakan eBelia Rahmah Touch n Go

Semakan Kelayakan eBelia Rahmah

Syarikat penyedia perkhidmatan Touch ‘n Go Wallet telah mewujudkan laman portal bagi memudahkan untuk membuat semakan kelayakan eBelia Rahmah ini melalui laman web berikut;

https://www.touchngo.com.my/ebelia-rahmah/eligibility/

Mereka yang berumur 18 ke 20 tahun boleh memasukkan tarikh lahir masing-masing dalam laman portal tersebut.

Sekiranya layak melalui semakan ebelia Rahmah tersebut, ia akan memaparkan sebagaimana berikut;

Semakan eBelia Rahmah

Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBelia Rahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.

Cara Mengesahkan Akaun Touch ‘n Go eWallet

Bagi yang belum mempunyai aplikasi Touch ‘n Go eWallet perlu muat turun  dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery melalui pautan berikut;

Setelah complete download, pengguna perlu membuat pengesahan akaun eWallet dengan menekan pada ‘Account Verification’ di halaman profil aplikasi.

  1. Untuk warganegara Malaysia, anda boleh mengemukakan sama ada MyKad atau My Tentera untuk eKYC
  2. Untuk penduduk tetap Malaysia dan warganegara lain, sila kemukakan pasport anda

Selain itu, anda  juga akan disahkan melalui gambar swafoto.

TNGD memerlukan bukti identiti sebagai sebahagian dari keperluan eKYC untuk mengesahkan identiti pengguna kami. Ini juga untuk menghindari dari risiko kecurian identiti.

Langkah 1: Pergi ke ikon “Profile” di muka hadapan aplikasi (Penjuru kanan)

Langkah 2: Klik pada “Account Verification” 

Langkah 3: Klik “Verify Account” 

Langkah 4: Pilih jenis ID anda

Langkah 5: Ambil gambar depan ID 

Langkah 6: Ambil swafoto anda 

Langkah 7: Sahkan butiran akaun anda : Nama, Nombor ID, Tarikh Lahir 

Langkah 8: Pengesahan akaun anda akan berlaku serta merta atau sehingga 3 hari bekerja

Secara alternatif, anda juga boleh menonton panduan video di bawah;

Atau rujuk panduan berikut;

https://support.tngdigital.com.my/hc/ms-my/sections/900001095086-Pengesahan-Akaun-eKYC-

Cara Penebusan Kredit eBelia Rahmah Melalui Touch ‘n Go eWallet

  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_00
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_01
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_02
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_03
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_04
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_05
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_06
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_07
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_08
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_09
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_010
  • Cara claim eBeliaRahmah Touch n GO ewallet_011

Langkah 1 – Buka aplikasi TNG eWallet di telefon masing-masing dan pilih paparan “eBeliaRahmah”

Langkah 2- Pilih Claim Now

Langkah 3 – Pilih Verify Now

Langkah 4 – Pilih Jenis ID anda

Langkah 5 – Imbas bahagian depan ID anda

Langkah 6 – Ambil “selfie” anda

Langkah 7 – Pastikan butiran anda adalah betul & ketik pada “Continue”

Langkah 8 – Isikan butiran anda & ketik pada”Submit”

Langkah 9 – Permohonan anda telah berjaya dihantar!

Anda menerima notifikasi ini setelah permohonan anda diluluskan…. atau sebaliknya

Apa yang boleh dibeli dengan kredit eBelia Rahmah RM200 Touch ‘n Go eWallet?

Apa yang boleh dibeli dengan RM200 ebelia TNG

Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:.

  • pemindahan “peer-to-peer”;
  • penebusan tunai;
  • bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
  • bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  • aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
  • transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Kelebihan Tuntutan Melalui  Touch ‘n Go eWallet

Selain daripada kredit eBeliaRahmah, TNG eWallet turut menawarkan beberapa tawaran sekiranya tuntutan dibuat melalui aplikasi tersebut antaranya ialah tawaran berbentuk baucar, pulangan tunai (cashback) dan diskaun sehingga RM550.

Kelebihan tuntutan ebelia Rahmah TNG

Selain itu, Touch N Go mempunyai  banyak kedai-kedai fizikal yang  menerima Touch ‘n Go eWallet. 

Dari kedai warung, kedai runcit, pasar raya, kedai serbaneka, kedai kopi, pelbagai jenama boba sampai ke dalam pusat membeli-belah yang popular seperti;

  1. 99 Speedmart
  2. Pizza Hut
  3. Burger King
  4. Secret Recipe
  5. Mc Donald
  6. 7 Eleven
  7. Starbuck
  8. Coffee Bean
  9. Padini Concept Store
  10. Zus Coffee
  11. Baskin Robbin
  12. Mr DIY
  13. Sushi King
  14. Marry Brown
  15. Tea Live
  16. eMart 24
  17. UNIQLO
  18. Sport Direct
  19. Watson
  20. Daiso
  21. BOOST Juice
  22. KFC
  23. Family Mart
  24. Kenny Rogers Roasters
  25. KK Mart
  26. My News
  27. Dan lain-lain lagi.
Senarai Kedai Pembelia eBeliaRahmah Touch ‘n Go eWallet

Info dan Maklumat Lanjut 

Sila rujuk Facebook berikut untuk info lanjut dan ganjaran terkini yang ditawarkan;

Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:

Berikut juga merupakan beberapa soalan lazim mengenai eBelia Rahmah

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?

Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di 2(c) Soalan Lazim eBeliaRahmah

Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah

Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak?

Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah.
 
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah

Saya merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, dan telah menamatkan pengajian sebelum program bermula, adakah saya layak?

Bagi pelajar sepenuh masa dari IPTA dan IPTS yang berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 adalah layak menerima kredit eBeliaRahmah, termasuk yang berumur lebih daripada 20 tahun.
 
Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2) Soalan Lazim eBeliaRahmah

Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM200 eBeliaRahmah?

 Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.

Bilakah saya akan menerima insentif e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini?

Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.

Mengapa permohonan saya lambat diluluskan?

 Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi.
 
Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:
a.     Boost: https://ift.tt/f3rj9Mw
b.     Setel: https://help.setel.com/
c. Touch ‘n Go eWallet: https://ift.tt/RJud83A

Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?

 Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal?

 Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda.

Mengapa RM200 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian?

 Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal.
 
Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya PMKS.
 
Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat penyedia e-dompet yang berkenaan.

The post eBelia Rahmah Touch N Go: Cara Claim & Guna eWallet RM200  appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar