Bantuan STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Dalam pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memaklumkan bahawa pembayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 diagihkan sebelum sambutan Aidiladha.

Bagi fasa 3, peruntukan lebih RM2 bilion akan mula disalurkan kepada individu yang layak memanfaatkan lebih lapan juta penerima bantuan.

Mudah-mudahan dengan adanya pengumuman bayaran STR Fasa 3 ini dapat meringankan rakyat dalam membuat persiapan dan perancangan untuk hari Raya Aidiladha tahun ini

Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 3

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Jun 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;

“Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3, yang melebihi 2 billion ringgit, bilangan penerima 8 juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji (Aidiladha) InsyaAllah”

-Perdana Menteri-

Untuk makluman, tarikh hari raya Aidiladha dijangka jatuh pada 29 Jun 2023 (Khamis). Oleh yang demikian bayaran mungkin akan dibuat seminggu sebelum itu antara 19 – 23 Jun 2023.

Dalam, pihak Maybank turut menjangkakan tarikh yang sama pembayaran bagi fasa 3 ini.

Jawapan dari pihak Maybank bayaran str fasa 3.

Tarikh di atas adalah jangkaan bayaran sebagai persiapan rakyat dalam menyambut Hari Raya Qurban pada tahun ini.

Walaupun begitu, tarikh rasmi pembayaran akan diumumkan melalui siaran media Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.

Selain itu juga, Perdana Menteri memaklumkan bahawa;

“(Bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM200 kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,”

Cara Semakan Status Kelulusan STR 2023

Semakan status bayaran boleh dibuat melalui 5 kaedah berikut:

  1. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
    https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
    Semakan Pembayaran Fasa 2; atau
  2. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
  3. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  4. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran.

Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 2
  • Klik maklumat pembayaran

Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai

Siapa Yang Layak Menerima Fasa 3 STR?

Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada pemohon atau penerima yang lulus melalui semakan di portal MySTR.

Jadual & Jumlah Pembayaran STR Fasa 3

Jumlah bantuan fasa 3 yang akan diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Jadual STR Fasa 3 (Kementerian Kewangan)

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM150

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM150

Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 3 merupakan pembayaran terakhir bagi golongan ini kerana untuk fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang.

Cara Bayaran

Setelah pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut:

  1. Kredit ke akaun bank
    Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.
  2. Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Pembayaran terakhir (sebelum ini) adalah secara tunai 
  • Status pengkreditan gagal kredit
  • Tiada maklumat akaun bank.

Artikel Akhbar

Sumbangan Tunai Rahmah Sebelum Aidiladha (Berita Harian)
Sumber: Berita Harian

FAQ (Soalan Lazim)

Bilakah Tarikh Bayaran STR Fasa 3?

Sebelum Hari Raya Haji

Berapa Jumlah Bayaran Fasa 3?

RM150 hingga RM800 mengikut kategori penerima
* Rujuk jadual dalam artikel

Bagaimana cara semakan status STR?

1) Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Siapakah yang layak menerima pembayaran Bantuan Rahmah Fasa 3?

Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.

The post Bantuan STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori  appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar