TUNS PLUS 2023: Tabung Pembangunan Usahawan N9

TUNS PLUS | Bantuan pembiayaan dalam bentuk PINJAMAN MUDAH TANPA FAEDAH berjumlah sehingga RM15,000.00 yang disasarkan kepada USAHAWAN MIKRO Negeri Sembilan.

Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2023 yang bertemakan “Melunas Janji Menggalas Harapan”, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS Plus untuk tahun ketiga pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.0 juta untuk membantu melonjakkan lagi sektor keusahawanan. 

Objektif penubuhan TUNS Plus bertujuan untuk menggalakkan lagi aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel.

Apa Itu Tun Plus?

TUNS Plus merupakan bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah sehingga RM15,000 yang disasarkan kepada Usahawan Mikro Negeri Sembilan. 

Tempoh Permohonan

Usahawan mikro yang layak boleh membuat permohonan sehingga 31 Mei 2023.

Kelayakan Permohonan TUNS Plus

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
  3. Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)/ Sijil Amalan Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf, masih sah tempoh dan telah beroperasi selama tempoh satu (1) tahun sebelum permohonan dibuat (Didaftarkan di SSM sebelum 1 Februari 2022);
  4. Mempunyai lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf dan masih sah tempoh;
  5. Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  6. Mempunyai premis/tapak/lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak;
  7. Berumur di antara 21 hingga 55 tahun (mengambil kira tempoh pembiayaan akan tamat pada 60 tahun);
  8. Memenuhi definisi Mikro (Jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00 atau  bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada lima (5) orang);
  9. Mempunyai akaun perniagaan/ syarikat yang sah dan aktif dalam tempoh enam (6) bulan;
  10. Pemohon tidak berstatus muflis;
  11. Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa; dan
  12. Keutamaan kepada penerima TUNS yang berkelayakan.

Kelayakan Perniagaan TUNS Plus

Semua jenis perniagaan adalah layak memohon pembiayaan ini, kecuali:

  1. Institusi kewangan;
  2. Perkhidmatan insurans;
  3. Pembekalan tenaga kerja;
  4. Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing;
  5. Perniagaan yang salah di sisi undang-undang; dan
  6. Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman portal rasmi TUNS melalui pautan berikut;

https://tuns.my/2023_plus/daftar_baharu.php

Dokumen Sokongan

  1. Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
  2. Gambar formal pemohon berukuran passport;
  3. Salinan lesen/ permit perniagaan/ sijil-sijil perakuan yang diiktiraf;
    • Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
  4. Salinan dokumen pendaftaran SSM/ sijil profesional/ pendaftaran Kementerian Kewangan;
    • Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian
      • Sijil perakuan pendaftaran
      • Maklumat perniagaan
      • Maklumat pemilik perniagaan terkini
    • Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad
      • Borang 9, 24, 49 dan Borang Annual Return Terkini
      • Borang Seksyen 14, 15, 51 dan 78
      • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
    • Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini.
    • Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS Plus – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan).
  5. Salinan penyata kewangan/ penyata bank;
    • Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat
    • Penyata akaun perniagaan/ syarikat yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi
    • Penyata kewangan/ penyata akaun bank yang terkini dan lengkap bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut
    • Penyata yang dibenarkan;
      • Penyata yang diperoleh melalui kaunter bank. (telah disahkan oleh pihak bank); atau
      • Penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima)
  6. Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar);
    • Gambar hadapan premis/ tapak/ lokasi perniagaan.
    • Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.
  7. Salinan perjanjian sewa premis/ tanah; dan
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon wajib melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon).
  8. Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan; dan
    • Hanya boleh disahkan oleh ADUN atau Penyelaras DUN.
  9. Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Contohnya Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Borang C Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Lesen Racun Jenis A (Akta Racun 1952) – Membekal Ubat atau Lesen Establishment (Seksyen 15 (1) Akta 737) – Peralatan Perubatan dan lain-lain.

Pengesahan Dokumen 

Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/  Pengerusi MPKK).

  • Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.
  • Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.

Pemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.

Jadual Pembiayaan

Jadual Pembiayaan TUN Plus 2023

Muat Turun Dokumen

Surat Persetujuan Rakan Kongsi (*jika perniagaan mempunyai rakan kongsi)

(Sila muat turun dokumen ini dan pastikan surat ini diisi dan ditandatangani oleh semua rakan kongsi. Surat yang telah lengkap perlu di scan dan dimuat naik semula di Bahagian F dalam format PDF).

Borang Aku Janji

(Sila muat turun dokumen ini dan isikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Kosongkan ruangan amaun pembiayaan. Dokumen ini perlu di scan dan dimuat naik semula di Bahagian 2F dalam format PDF).

Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan

(Sila muat turun dokumen ini dan isikan maklumat yang diperlukan dan kemudiannya perlu mendapat pengesahan dari ADUN/ Penyelaras DUN setempat.  Seterusnya dokumen ini perlu di scan dan dimuat naik semula di Bahagian 2F dalam format PDF),

  • Template Surat Persetujuan Rakan Kongsi TUNS Plus 2023 – Muat-turun
  • Contoh Template Surat Persetujuan Rakan Kongsi TUNS Plus 2023 – Muat-turun
  • Templat Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan TUNS Plus 2023 – Muat-turun
  • Contoh Borang Pengesahan Menjalankan Perniagaan TUNS Plus 2023 – Muat-turun
  • Senarai Semak Dokumen TUNS Plus 2023 – Muat-turun

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.

Telefon : 06-761 6871
Faks : 06-762 6291
Hotline : 019-752 3251

E-mel : usahawanpknns@gmail.com
Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

Bantuan Teknikal

Pada Waktu Pejabat (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sila Whatsapp ke 019-7523251

Selepas Waktu Pejabat (Setiap Hari)
Sila Whatsapp ke 012-3968657 (Nik Fariz)

Sumber: TABUNG PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

Poster TUN Plus 2023

Soalan Lazim (FAQ)

1. Apakah TUNS Plus?

TUNS Plus merupakan bantuan pembiayaan secara pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah sehingga RM15,000.

2. Adakah pemohon perlu menyediakan sebut harga?

Tidak perlu. Peniaga hanya perlu melengkapkan bahagian Ringkasan Rancangan Perniagaan berkenaan projek yang ingin dijalankan.

3. Adakah pemohon yang berniaga secara atas talian dan beroperasi dari rumah, layak memohon?

Tidak layak. Salah satu syarat asas permohonan TUNS Plus adalah pemohon perlu mempunyai premis/ tapak perniagaan dan lesen/ permit perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan.

4. Adakah penerima geran TUNS layak memohon?

Layak. Dengan syarat penerima geran TUNS itu tidak disenaraihitamkan kerana melanggar Aku Janji TUNS terdahulu.

5. Apakah penyata akaun yang perlu dikemukakan?

Pemohon perlu mengemukakan penyata akaun perniagaan bagi tempoh enam (6) bulan dan muka hadapan penyata akaun peribadi (bagi tujuan penyaluran).

6. Berapakah tempoh minimum dan maksimum bagi bayaran balik pembiayaan?

Tempoh pembiayaan minimum adalah satu (1) tahun manakala tempoh pembiayaan maksimum adalah lima (5) tahun.

7. Berapakah kelayakan jumlah pembiayaan?

Terdapat tiga (3) pilihan jumlah pembiayaan iaitu RM5,000, RM10,000 dan RM15,000.

The post TUNS PLUS 2023: Tabung Pembangunan Usahawan N9 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar