Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pelajar India B40

Kerajaan melalui Unit Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 Di Universiti Awam.

Dalam hal ini, MITRA memperuntukkan RM20 juta bagi Program Subsidi berkenaan.

Bantuan yang diberikan berbentuk one-off untuk 10,000 pelajar pengajian tahun kedua hingga tahun keempat yang akan disalurkan terus kepada pelajar-pelajar yang layak dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional.

Berikut adalah maklumat berkaitan Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pelajar India.

Apa Itu Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 Di Universiti Awam?

Selaras dengan konsep Malaysia MADANI, elemen pendidikan telah diberi perhatian bagi memastikan ilmu menjadi keutamaan. 

Sehubungan itu, program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 yang diperkenalkan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Melalui inisiatif ini, MITRA akan menawarkan bantuan subsidi secara one off bernilai RM 2,000 kepada 10,000 orang pelajar India dari latar belakang B40 yang berada dalam tahun kedua, ketiga dan tahun akhir pengajian di Universiti-Universiti Awam. 

Bantuan one off ini akan disalurkan terus kepada pelajar-pelajar yang layak dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional.

Objektif bantuan ini adalah;

  1. Untuk membantu pelajar menampung perbelanjaan semasa di kampus; dan
  2. Merapatkan jurang pembelajaran antara golongan yang mampu dengan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian atas faktor kekurangan kewangan.

Tempoh Permohonan

Permohonan untuk inisiatif ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di website MITRA bermula 8 Mei 2023, Isnin jam 2 petang sehingga 15 September 2023, Jumaat jam 5 petang. 

Syarat dan Kriteria Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia berketurunan India;
  2. Akan mengikuti pengajian di Tahun Kedua, Ketiga atau Tahun Akhir di mana-mana UA dalam negara, pada September / Oktober 2023;
  3. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di UA pada tahun semasa;
  4. Tidak mempunyai masalah disiplin di UA;
  5. Daripada golongan B40 [pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,850.00 – perlu lampirkan dokumen Sumbangan Tunai Rahmah (STR)/ eKasih/ penyata gaji ibubapa];
  6. Mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi tujuan penyaluran subsidi; dan
  7. Tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang.

Kaedah Pelaksanaan

  • Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan subsidi secara one-off sebanyak RM2,000;
  • Sekiranya pelajar tidak mempunyai akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), pelajar perlu membuka akaun BSN di mana-mana cawangan bank BSN yang berdekatan; dan
  • Bantuan kewangan ini akan disalurkan terus kepada pelajar menerusi akaun BSN pelajar sahaja. Pembiayaan secara tunai adalah tidak dibenarkan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian di laman web MITRA – Permohonan Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 Di Universiti Awam (UA) atau melalui pautan rb.gy/yysg4

Borang permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.

Info Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut sila layari;

Sumber: MITRA JPM

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Program Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 Di Universiti Awam?

Bantuan ini diperkenalkan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Berapakah Jumlah Bantuan Yang Diberikan?

RM2000 secara one-off.

Bilakah Boleh Memohon?

Mulai 8 Mei 2023, Isnin jam 2 petang sehingga 15 September 2023, Jumaat jam 5 petang. 

Bagaimanakah Cara Memohon?

Secara online melalui pautan rb.gy/yysg4

The post Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pelajar India B40 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar