Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) B40 & Pelajar IPT

PERCUMA!! Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar IPT Sepenuh Masa.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menggesa usahawan mikro, pelajar dan golongan B40 segera mendaftarkan perniagaan secara percuma berikutan dana masih berbaki RM6 juta daripada RM10 juta yang diperuntukkan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata sejak inisiatif itu dimulakan pada awal tahun 2020 ketika pandemik COVID-19 melanda, hanya RM4 juta diguna pakai untuk pendaftaran.

Justeru, katanya, semua usahawan mikro yang berminat perlu merebut peluang itu kerana banyak manfaat boleh diperoleh, antaranya tapak perniagaan dan kursus berkaitan.

Apa Itu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan insiatif pendaftaran perniagaan secara PERCUMA melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara.

Sehingga kini lebih 39,315 usahawan sudah mendaftar perniagaan di bawah Skim SPPP ini.

Pengecualain Fi Pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin

Pengecualian Fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut;

  1. Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun;
  2. Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun; dan
  3. Cetakan maklumat – RM10. 

Nota: SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.

Syarat Kelayakan

Kategori   permohonan   yang   layak   untuk   skim   ini   seperti   berikut:

(a) Kategori Usahawan Kumpulan B40:

  1. Warganegara & Penduduk Tetap berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  2. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
  3. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Syarat Permohonan SPPP Usahawan B40

(b) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:

  1. Warganegara & Penduduk Tetap berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
  2. Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
  3. Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.
Syarat Permohonan SPPP Pelajar IPT Sepenuh Masa

Cara Pendaftaran

Cara Pendaftaran SPPP

Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di laman web berikut;

 Ezbiz.ssm.com.my

Nota: Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari 2 kategori yang dinyatakan sahaja) seperti dinyatakan di perkara 5).

Panduan Pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Berikut merupakan panduan pendaftaran SPPP bagi Usahawan B40 dan Pelajar IPT sepenuh masa;

Panduan Pendaftaran Skim SPPP 1
Panduan Pendaftaran Skim SPPP 2
Panduan Pendaftaran Skim SPPP 3
Panduan Pendaftaran Skim SPPP 4
Panduan Pendaftaran Skim SPPP 5

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai skim ini, boleh hubungi maklut berikut;

Rebut peluang mendaftar perniagaan anda secara PERCUMA dengan initiatif Pendaftaran Perniagaan Perniagaan Prihatin (SPPP).

Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)

The post Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) B40 & Pelajar IPT appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar