Permohonan kemudahan pinjaman pelajaran di bawah Program Penajaan Pengajian Tertiari atau Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP) MARA bagi tahun 2023 kini dibuka kepada calon-calon yang berkelayakan.
Terdapat pelbagai bidang penajaan yang ditawarkan melalui TESP ini daripada 43 Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Kepada mereka yang berkelayakan boleh membuat permohonan bagi Program Penajaan Pengajian Tertiari ini.
Apakah itu Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2023)?
Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2023.
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka secara atas talian (online) bermula 5 Mei 2023 sehingga 18 Mei 2023, jam 11:59 malam.
Syarat Umum Permohonan
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
- Memenuhi syarat kelayakan Status Sosioekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
Kategori Kelayakan | Pendapatan Bulanan | Pendapatan Bercukai Tahunan |
Yuran & Elaun Sara Hidup | RM12,000 dan ke bawah | RM150,000 dan ke bawah |
Yuran sahaja | RM12,001 – RM20,000 | RM150,001 – RM250,000 |
Nota: Pengecualian syarat SES bagi pengajian dalam bidang Perubatan dan Pergigian sahaja.
- Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
- Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
Syarat Akademik
Pelajar Baharu
- Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM / STAM / Diploma serta setaraf;
- Telah mendapat tawaran dan mendaftar di IPT bermula Januari 2023.
Pelajar Sedia Ada
- Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
- Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
Lain-Lain Syarat
- Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
- Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.
Cara Memohon Program TESP
- Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login
- Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
- Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohonan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan
- Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
- Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad
- Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses.
Senarai Program TESP 2023
Info Dan Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat seperti berikut:
- tespua@mara.gov.my (bagi permohonan di IPTA)
- tespipts@mara.gov.my (bagi permohonan di IPTS)
- tespglugmi@mara.gov.my (bagi permohonan di GLU dan GMI)
- tespunikl@mara.gov.my (bagi permohonan di UniKL)
- tespkptm@mara.gov.my (bagi permohonan di UPTM/KPTM)
- ictbpp@mara.gov.my (bagi masalah teknikal semasa permohonan)
Info lanjut lihat;
>>> Garis Panduan Permohonan
>>> Syarat Kelayakan Program
>>> Soalan Lazim
>>> Panduan Permohonan
>>> Permohonan Atas Talian
>>> Panduan Pengguna Sistem
Sumber: Portal MARA
Soalan Lazim (FAQ)
Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / STAM / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan 2023.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, http://www.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohonan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Permohonan dibuka selama 14 hari mulai 5 Mei (Jumaat) hingga 18 Mei 2023 (Khamis) sehingga jam 11:59 malam.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi melalui emel seperti di alamat berikut:
tespua@mara.gov.my (bagi permohonan di IPTA)
tespipts@mara.gov.my (bagi permohonan di IPTS)
tespglugmi@mara.gov.my (bagi permohonan di GLU dan GMI)
tespunikl@mara.gov.my (bagi permohonan di UniKL)
tespkptm@mara.gov.my (bagi permohonan di UPTM/KPTM)
ictbpp@mara.gov.my (bagi masalah teknikal permohonan)
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
The post Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP) MARA 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.