Permohonan UPUOnline Fasa 2 Sesi Akademik 2023/2024

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan UPUOnline Fasa 2 bagi  kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 kini dibuka mulai 15 MEI 2023 (12.00 TENGAH HARI) secara atas talian.

Permohonan fasa 2 dibuka  untuk pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi pemohon yang belum membuat / mengemukakan permohonan UPUonline pada fasa 1 Februari yang lalu.

Kemas kini program bagi permohonan fasa 1 yang lalu juga dibenarkan bagi program tertentu sahaja.

Bagi Calon berikut yang telah memohon pada fasa 1, boleh kemaskini pilihan program kecuali program pengajian temu duga dan/atau ujian;

  • SPM Tahun Semasa (Kategori A)
  • STPM/ Matrikulasi/ Asasi/ STAM bagi calon Tahun Semasa

Bagi Calon selain dari kategori diatas yang telah memohon pada fasa 1, calon boleh kemaskini dokumen sahaja.

Tempoh Permohonan Fasa 2

Permohonan UPUONLINE Fasa 2 dibuka bermula pada 15 Mei 2023 (12.00 Tengah hari) sehingga 9 Jun 2023 (5.00) petang.

Kategori Permohonan Fasa 2

Kategori Lepasan SPM

  • SPM 2022
  • SPM 2021 & 2020

Kateogori Lepasan STPM / Setaraf

  • STPM 2022
  • Matrikulasi KPM/ASASI Sains UM / ASASIPINTAR UKM / ASASI UiTM
    Sesi Akademik 2022 2023
  • STAM 2022 & 2021
  • Diploma / Setaraf
    • DKM / DLKM / DVM / Diploma IPTS / Luar Negara /
      ILKA / Lain-lain Kelayakan
    • A-LEVEL / IB / Sekolah Sukan / SAM / CPU / IPTS
    • STPM, Matrikulasi KPM / ASASI, STAM (Bukan Tahun Semasa)
    • Diploma UA / Diploma Politeknik
PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2023:2024 FASA 2 TELAH DIBUKA
Sumber: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi UPU sebagaimana berikut;

https://upu.mohe.gov.my/

Panduan Permohonan

  1. Layari portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my/
  2. Pastikan kategori anda betul.
  3. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  4. Kira merit.
  5. Semak tren permohonan dan penawaran.
  6. Semak laluan kerjaya.
  7. Isi permohonan UPUOnline.
  8. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  10. Lengkapkan borang permohonan.
  11. Klik butang “SIMPAN”.
  12. Cetak slip permohonan.
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.
Panduan Permohonan UPUOnline

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPUOnline 

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting permohonan UPUOnline sesi akademik 2023/2024 lepasan SPM dan Lepasatan STPM/setaraf;

FASA 1 :

  • Dibuka pada 7 Februari 2023 (12 Tengah hari)
  • Ditutup pada 28 Mac 2023 (5 Petang)

Fasa 2:

  • Dibuka pada 15 Mei 2023 (12 Tengah hari)
  • Ditutup pada 12 Jun 2023 (5 Petang)

Bagi proses temuduga, ujian, pengemaskinian dan rayuan dinyatakan dalam infografik di bawah.

Tarikh-Tarikh Penting UPUOnline 2023-2024

Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline Untuk Unik ID

Selaras dengan hasrat kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, sukacita diumumkan bahawa kos sebanyak RM15 sebagai Bayaran Proses UPUOnline bagi mendapatkan Unik ID akan ditanggung sepenuhnya oleh KPT.

Dijangkakan bahawa lebih 350,000 calon lepasan SPM dan STPM atau setaraf akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini yang akan membawa kepada implikasi kewangan sebanyak RM5.25 juta kepada kementerian.

Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan akan menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline (No Unik ID BSN) bagi sesi akademik 2023/2024.

Panduan Memilih Program Pengajian

  1. Melepasi syarat am/syarat khas program institusi/agensi
  2. Program yang minat
  3. Pemilihan program mengikut keutamaan
  4. Rujuk kaunselor
  5. Pelbagai pilihan bidang/agensi

Maklumat lanjut mengenai taklimat kemasukan kategori pemohon, syarat am, asas pertimbangan merit, kiraan merit, dasar dan kriteria pemilihan status pilihan program, laluan khas dan sebagainya, sila lihat slide yang disediakan oleh Jabatan Pengajian Tinggi di bawah;

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline tersebut boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI ARAS 4,
MENARA 2, JALAN P5/6,
PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA,
WILAYAH PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: upu@mohe.gov.my

Ikuti dan Hubungi Jabatan Pengajian tinggi melalui maklumat berikut;

Sumber: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah Permohonan UPUonline Fasa 2 dibuka?

Mulai 15 Mei 2023 (12.00 Tengah hari) sehingga 9 Jun 2023 (5.00) petang.

Bagaimana cara membuat permohonan?

https://upu.mohe.gov.my/

Berapakah Bayaran Proses UPUOnline Untuk Unik ID?

Percuma (Dikecualikan)

Bagaimana cara untuk menghubungi bahagian Kemasukan IPTA?

No. Tel: 03-8684 2363

The post Permohonan UPUOnline Fasa 2 Sesi Akademik 2023/2024 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar