Zakat Fitrah Terengganu 2023: Kadar & Kaedah Bayaran Online

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengumumkan kadar zakat fitrah Terengganu bagi tahun pada 2022/1443H .

Pada tahun ini terdapat 3 kadar zakat fitrah di mana bayaran adalah mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian, melalui kaunter atau pembayaran melalui amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Kadar Zakat Fitrah Terengganu bagi tahun 2023 / 1444H

Kadar Zakat Fitrah Terengganu 1444 : 2023
  • RM8.00 = Bagi mereka yang makan nasi daripada beras super special tempatan.
  • RM10.00 = Bagi mereka yang menggunakan jenis beras Beras Super Import (Siam) atau setara dengannya
  • RM24:00 = Beras Basmathi atau setara dengannya

Tahun ini, Terengganu memaklumkan kadar zakat fitrah mengalami peningkatan. Tidak lagi menetapkan kadar tersebut pada harga RM7 tetapi tahun ini ditetapkan pada 3 kadar iaitu RM8, RM10 dan RM24.

Usaha ini selari dengan matlamat negeri untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk beragama Islam di samping mengurangkan tekanan kadar kemiskinan negeri.

Menurut makluman Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), penetapan kadar baharu ini tertakluk untuk penduduk negeri yang menggunakan beras selain daripada Beras Super Special Tempatan iaitu Beras Super Import (Siam), Beras Basmathi.

Malah, bagi setiap pembayaran zakat fitrah yang dilaksanakan pada Ramadan kali ini, Terengganu akan melancarkan sistem e-Amil iaitu sebahagian usaha untuk mendigitalkan proses kutipan zakat di negeri.

Melalui sokongan itu secara langsung akan memudahkan para pengguna dan resit rasmi zakat akan dihantar secara digital kepada pengguna pada peranti pintar.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Terengganu bagi tahun 2023

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini, anda boleh membayarnya secara online, melalui kaunter atau membuat pembayaran melalui amil-amil yang di lantik oleh MAIDAM.

  1. Amil dan Ejen Zakat yang dilantik 

MAIDAM telah melantik seramai 954 orang amil zakat yang ditugaskan mengikut kawasan masing-masing dan 17 ejen zakat bagi membantu melancarkan pengurusan zakat di Terengganu.

Umat Islam dinasihatkan untuk mengambil resit selepas selesai membuat pembayaran.

  1. Bayaran Melalui Kaunter

Pembayaran zakat juga boleh dibuat menerusi kaunter zakat MAIDAM termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan kaunter zakat pandu lalu di samping melalui amil yang dilantik.

  1. Secara Atas Talian (Online)

Umat Islam juga mempunyai pilihan lain untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut;

https://ezakat.maidam.gov.my/online/payfpx.php

Kesalahan-Kesalahan Berkaitan Zakat Fitrah Mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu 2001)

TAHUKAH ANDA ?? Zakat dan Fitrah mempunyai undang-undangnya yang tersendiri di Terengganu?

Undang-undang zakat dan fitrah yang terkini berkuatkuasa di Negeri Terengganu Darul Iman adalah

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH(TAKZIR)(TERENGGANU 2001) yang terdiri daripada:- 

  1. SEKSYEN 20 – TIDAK MEMBAYAR ZAKAT & FITRAH 
  2. SEKSYEN 40 – MEMUNGUT ZAKAT DAN FITRAH TANPA MEMPUNYAI KUASA SAH
  3. SEKSYEN 41 – PEMBAYARAN TIDAK SAH AKAN ZAKAT ATAU FITRAH

Setiap kesalahan yang dilakukan dan jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda atau dipenjara atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen yang berkaitan

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/maidamterengganu/

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

http://www.maidam.gov.my/ 

Telefon: 09-6303030

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Terengganu Bagi Tahun 2023?

RM 8.00
– RM 10.00
– RM 24.00


Bayaran mengikut jenis beras yang dimakan.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Melaka

1) Melalui amil fitrah yang telah diberi tauliah.
2) Bayaran melalui kaunter
2) Secara dalam talian di https://ezakat.maidam.gov.my/online/payfpx.php

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

The post Zakat Fitrah Terengganu 2023: Kadar & Kaedah Bayaran Online appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar