Zakat Fitrah Melaka 2023: Kadar dan Kaedah Bayaran Online

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi negeri Melaka untuk tahun 2023.

Kadar Zakat Fitrah di Negeri Melaka ada 3 (tiga) kadar yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2022

Mufti Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil, berkata ketetapan harga itu dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin harian umat Islam di negeri ini.

Kaedah pembayaran boleh dilakukan menerusi dua kaedah iaitu secara bersemuka dan atas talian yang bermula bermula 1 Ramadan 1444H.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka bagi tahun 2023 / 1444H

Kaedah Bayaran Online Zakat Fitrah Melaka 2023
Kadar Jenis Beras
RM 7.00 Beras daripada jenis Super Tempatan (kadar wajib bagi bayaran fitrah)
RM 14.00 Beras super import (*Galakan Kadar Bayaran Zakat FitrahMengikut Jenis Beras Yang Dimakan)
RM 21.00 Beras basmathi (*Galakan Kadar Bayaran Zakat FitrahMengikut Jenis Beras Yang Dimakan)

Kadar Zakat Fitrah di Negeri Melaka ada 3 (tiga) kadar yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 4/2022 iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Setiap kadar ada penjelasan tentang jenis beras yang dimakan oleh individu itu sendiri untuk penentuan bayaran Zakat Fitrah.

Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 2023

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik di seluruh negeri.

1. Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Kaedah Bayaran Online Zakat Fitrah Melaka 2023
  • Klik link pautan https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah 
  • Isikan maklumat ringkas diri dan bilangan tanggungan. Sila semak kadar zakat yang perlu anda bayar sama ada RM7, RM14 atau RM21 berdasarkan jenis beras yang dimakan.
  • Buat pembayaran melalui FPX Perbankan Internet (Individu). Pilih Perbankan Internet seterusnya klik pembayaran.
  • Transaksi anda BERJAYA.
  • Anda akan terima resit pengesahan bayaran di emel yang didaftarkan sebagai rujukan..Nah! Zakat Fitrah anda telah selesai.

2. Melalui Kaunter Kutipan Zakat

Waktu Operasi Kaunter Kutipan Zakat Sepanjang Bulan Ramadan 2023 / 1444H

Waktu Operasi adalah seperti berikut:-

IBU PEJABAT Zakat Melaka & Cawangan Zakat Melaka (Alor Gajah, Masjid Tanah, Merlimau & Jasin)

  • 8.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
  • 12.30 tengahari – 2.30 petang – REHAT (Jumaat)

Zakat Melaka Cawangan Pulau Sebang

  • 8.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
  • 1.00 petang – 1.30 petang – REHAT
  • 12.30 tengahari – 2.30 petang – REHAT (Jumaat)

 Zakat Melaka Cawangan UTC

  • 8.00 pagi – 4.30 petang (Isnin – Ahad)
  • 1.00 petang – 1.30 petang – REHAT
  • 12.30 tengahari – 2.30 petang – REHAT (Jumaat)
Waktu Operasi Kaunter Kutipan Zakat Melaka 2023

Info dan Maklumat Lanjut

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim Mengenai Zakat Fitrah Negeri Melaka

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka Bagi Tahun 2023?

RM 7.00
RM 14.00
RM 21.00

Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Melaka

1) Secara online melalui https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
2) Bayaran melalui Amil yang dilantik
3) Bayaran di kaunter Zakat

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

The post Zakat Fitrah Melaka 2023: Kadar dan Kaedah Bayaran Online appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar