Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023

Kerajaan bersetuju melaksanakan pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Tol rahmah percuma akan bermula 19 hingga 21 April dan 24 April. (Rabu, Khamis, Jumaat dan Isnin).

Inisiatif Tol Rahmah itu melibatkan 33 lebuhraya dan terpakai bagi semua jenis kelas kenderaan.

Tempoh Tol Percuma

4 Hari Tol Percuma Raya Aidilfitri 2023

Pelaksanaan tempoh tol percuma ini adalah selama empat hari bermula untuk semua pengguna jalan raya bersempena Aidilfitri ini bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin).

Senarai Tol Percuma

Senarai Tol Percuma Raya 2023

Kelayakan Untuk Menikmati Tol Percuma

Pemberian tol percuma hanya layak pada masa yang ditetapkan mengikut waktu KELUAR dari plaza tol dan tidak mengambil kira waktu masuk di plaza tol.

Sekiranya pengguna lebuh raya menjangka akan keluar di plaza tol yang dikehendaki melebihi masa yang ditetapkan, pengguna dinasihatkan untuk keluar di plaza tol yang terdekat bagi menikmati kadar tol percuma ini.

Rancang perjalanan anda dengan baik, agar anda dapat menikmati tawaran istimewa di lebuh raya yang menawarkan Tol Percuma sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Panduan Menikmati Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Bagi menikmati tol percuma ini, berikut adalah panduan bagi menikmati inisiatif ini;

  1. Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
  2. Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.
  3. Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.
  4. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login . Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif. Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.

Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri 2023

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan ANIH Berhad (pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan Aidilfitri 2023 di Lebuhraya Utara-Selatan, KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur  pada 19 April hingga 1 Mei 2023. 

PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya PLUS pada hari-hari Puncak pada musim perayaan yang akan datang. Manakala ANIH Berhad menjangkakan lebih 3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu sempena musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. 

Oleh itu, sila jangkakan kesesakan yang mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda.

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS

Cadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Cadangan Waktu Perjalanan Pantai Timur

Cadangan Waktu Perjalanan Pulang Ke Kelantan, Terengganu dan Pahang

CCTV Trafik Highway Secara Live

Pengguna PLUS juga boleh melihat trafik terkini secara live bagi memantau keadaan lokasi dan lebuhraya bagi merancang perjalanan anda.

Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya.

Berikut adalah cara untuk melihat trafik terkini secara live;

  1. Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Status Trafik Semasa.
  3. Kemudian, pilih lebuhraya contohnya
    1. E1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS UTARA)
    2. E8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1)
  4. CCTV Live view akan dipaparkan bagi setiap kamera  melalui lebuhraya yang dipilih.

Maklumat Trafik Terkini PLUS

Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Maklumat Trafik Terkini Pantai Timur

Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad sebagaimana berikut

Jika berlaku kecemasan, sila hubungi;

  • LPT – Line = 1-700-818-700 
  • LLM =1800-88- 7752.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah tol percuma ditawarkan sempena Aidilfitri 2023?

19 hingga 21 April dan 24 April. (Rabu, Khamis, Jumaat dan Isnin).

Apakah lebuhraya yang menawarkan tol percuma ini?

Semua 33 tol

Bagaimana untuk melihat cctv trafik secara live

https://www.llm.gov.my/awam/cctv 

The post Tol Rahmah Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar