Tahukah anda? Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk memohon i-Suri KWSP.
CARA DAFTAR I-SURI KWSP
Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:
- MyKad
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP
Berikut dikongsikan syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
- Belum mencapai umur 60 tahun.
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?
- Diri sendiri (isteri)
- Suami kepada pasangan yang layak
Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.
FAEDAH I-SURI KWSP
Berikut dikongsikan faedah i-Suri KWSP:
- Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian: RM2500
Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
- KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
- Belum mencapai umur 60 tahun
- Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
CARA BAYARAN
Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran:
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB
MAKLUMAT TAMBAHAN
Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah layari laman web