Senarai Bantuan dan Insentif Bagi Bulan April 2023 Sempena Raya

Bulan April 2023 menyaksikan pelbagai jenis bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan Malaysia dan juga beberapa kerajaan negeri bersempena sambutan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Antara yang menjadi tumpuan utama adalah Bantuan Rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023), Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) dan Bantuan Hari Raya.

Selain itu, terdapat juga beberapa permohonan bantuan IPTA dibuka seperti biasiswa JPA, Zakat Uitm, Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) dan lain-lain.

Oleh yang demikian, kami senaraikan beberapa bantuan dan insentif yang tersedia bagi bulan April 2023. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) Fasa 2

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebooknya pada 29 Mac 2023 menyampaikan khabar gembira buat penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana pembayaran fasa 2 akan disalurkan mulai 5 April bersamaan 14 Ramadhan 1444.

Sejumlah RM1.26 bilion diperuntukkan untuk Fasa 2 STR.

Info yang sama turut di sampaikan melalui Buletin 0130 pada 30 Mac 2023 yang memaklumkan mengenai pembayaran Fasa 2 Bantuan Rahmah.

Berita Buletin 0130 Fasa 2 diagih pada 5 April
Sumber: Buletin TV3

Semakan status pembayaran boleh dibuat melalui laman portal MySTR sebagaimana berikut;

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sebelum ini, dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Mac 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.”

Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan April 2023

Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan April 2023 akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Bagi bulan April, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Apri  2023.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Mac, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Untuk membuat semakan pembayaran bantuan JKM bagi bulan April 2023, ikuti langkah-langkah berikut;

  1. Layari laman web e-Maklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
  2. Masukkan no kad pengenalan
  3. Masuk no akaun bank 
  4. Klik carian berdasarkan no. akaun bank
  5. Pilih tarikh semakan. Contoh; 1/4/2023 sehingga 28/4/2023
  6. Maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Oktober.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)

Poster Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023

Melalui Surat Edaran: JPA.800-3/2/4(24) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pembayaran bagi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 17 April 2023.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebagaimana berikut;

  1. RM700 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak. 
  2. RM350 kepada pesara Kerajaan (pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), veteran berpencen serta veteran tidak berpencen)

Siapakah penjawat awam yang layak dibayar Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023? 

BKKA Tahun 2023 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah yang dilantik secara tetap, sementara dan Contract of Service dengan syarat bahawa pegawai masih berkhidmat pada 17 April 2023.

Turut layak diberi kepada pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

Pemberian BKKA Tahun 2023 turut dipanjangkan kepada guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran serta Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman. 

BKKA Tahun 2023 juga dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP dengan syarat telah dilantik sebelum 17 April 2023 dan masih berkhidmat pada 17 April 2023.

Siapakah pesara Kerajaan/ penerima pencen yang layak dibayar BKKA Tahun 2023?

Pesara Kerajaan yang menerima pencen di bawah undang-undang pencen/Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan FaedahFaedah Lain) 1982 yang bersara pada atau sebelum 17 April 2023 bagi semua gred di dalam: 

  1. Perkhidmatan Awam Persekutuan (termasuk Polis Diraja Malaysia) dan Negeri; 
  2. Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan; 
  3. Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia; dan 
  4. Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa (55/ 56/ 58/ 60 tahun) atau bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK). 

Penerima pencen yang layak menerima BKKA Tahun 2023 adalah seperti berikut:

  1. Penerima pencen terbitan
  2. Penerima pencen orang tanggungan; 
  3. Penerima elaun tanggungan; 
  4. Penerima elaun bersara; dan 
  5. Penerima elaun bersara terbitan.

Muat Turun :

  1. Surat Edaran: JPA.800-3/2/4(24)
  2. Soalan Lazim

Permohonan Bantuan i-Fitri Perantau

Jika pada bulan Mac permohonan bantuan i-Fitri sempena Hari Raya Aidilfitri dibuka kepada golongan berkeluarga yang menetap di Terengganu, kini tiba pula masanya permohonan bantuan i-FITRI PERANTAU kepada anak-anak Terengganu di luar sana.

​​Permohonan bantuan i-Fitri Perantau bagi tahun 2023 boleh dibuat secara online mulai 1 April- 15 April 2023.

Syarat Permohonan

  1. Rakyat Terengganu dan MENETAP di luar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
  2. Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU) (rujuk link).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan berikut;

https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Subsidi Yuran Taska – Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Di Tempat Kerja Sektor Awam

Subsidi Yuran Taska 2023

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2023 telah bersetuju menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai Perkhidmatan Awam daripada RM5,000 kepada RM7,000 bagi tujuan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam.

Kadar subsidi yuran pengasuhan TASKA mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180.00 sebulan bag seorang anak,

Layak diberi kepada anak yang berumur bawah empat (4) tahun.

Permohonan subsidi yuran pengasuhan TASKA boleh dibuat kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat

Muat turun PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 2023 dan Soalan Lazim melalui pautan berikut;

https://docs.jpa.gov.my/ppspp/index.php/pekeliling-perkhidmatan-2023.html

Tawaran Penajaan JPA: Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2023

Iklan Tawaran Penajaan JPA- Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) untuk memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023.

Penajaan Program Ijazah Dalam Negara adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama  yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU).

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut;

  • Kejuruteraan dan Teknikal
  • Seni Bina
  • Sains
  • Veterinar
  • Sains Sosial

Tempoh  Permohonan

Permohonan bagi tajaan Program Ijazah Dalam Negara mulai 20 Mac 2023 (8.00 pagi) hingga 2 April 2023 (jam 11.59 malam). 

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. 
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Cara Memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di pautan berikut

http://esilav2.jpa.gov.my

Atau terus ke pautan berikut;

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN

Syarat Perjanjian Boleh Ubah

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2023 

Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2023 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online).

Bagi ambilan tahun 2023, terdapat 18 bidang pendidikan yang layak dipohon antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan dan lain-lain lagi.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sebelum 21 April 2023 (Jumaat), pukul 5:00 petang.

Permohonan yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon dipohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.

Cara Permohonan

Calon  yang memenuhi syarat kelayakan boleh memohon secara dalam talian (online)  melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm 

  • Pemohon perlu mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BAHARU. Kata laluan yang digunakan hendaklah 8 – 12 aksara dan mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan. 
  • Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipinda selepas pendaftaran. 
  • Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan. 
  • Maklumat pendaftaran permohonan hendaklah disimpan dengan baik bagi tujuan rujukan/kemas kini.

Sebagai peringatan, pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan/mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Untuk panduan khusus permohonan sila lihat pautan berikut;

https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/image/PANDUAN.pdf

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Sesi II 2022/2023 Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Bagi Pelajar Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Sesi 2 2022 2023

Dimaklumkan bahawa Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian (online) bagi sesi 2 2022/2023.

Syarat umum permohonan zakat pelajar UiTM adalah sebagaimana berikut;

  1. Beragama ISLAM
  2. Pelajar UiTM (Diploma / Sarjana Muda) SEPENUH MASA
  3. TIDAK MENDAPAT TAJAAN KEWANGAN (Biasiswa / Dermasiswa) daripada mana-mana institusi seperti JPA, MARA dan sebagainya
  4. Tidak dikenakan sebarang TINDAKAN TATATERTIB oleh pihak Universiti
  5. Jumlah pendapatan keluarga (pendapatan kasar isi rumah) TIDAK MELEBIHI RM 4,000

Tempoh Permohonan

Permohonan Zakat Pelajar UiTM ini dibuka secara atas talian (online) bagi kampus berikut;

  1. Shah Alam
  2. Puncak Alam
  3. Puncak Perdana
  4. Sungai Buloh
  5. Seksyen 17
  6. Selayang 
  7. Dengkil

Permohonan Zakat Atas Talian (Sistem E-Zakat)

  • Tarikh permohonan dibuka: 21 Mac 2023 (Selasa)
  • Tarikh permohonan ditutup Tutup: 21 April 2023 (Jumaat sehingga 11.59 malam)

Tarikh Temuduga Zakat

  • Mula : 2 Mei 2023 (Selasa)
  • Tutup: 28 Jun 2023 (Rabu)

Cara Memohon

Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui kaedah berikut;

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM 2023

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar-pelajar Hafiz yang telah ditawarkan menyambung pengajian (sepenuh masa) di peringkat Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah dalam dan luar negara untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi sesi pengajian 2022/2023 (Semester 2).

Permohonan boleh dibuat secara atas talian sebelum 7 April 2023.

Kadar dan Cara Pembayaran SPH

Skim ini membiayai yuran dan elaun.

Kadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Elaun akan dibayar dan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.

Cara Memohon

Tatacara Permohonan adalah seperti yang berikut:

  • Pemohon dikehendaki memahami syarat-syarat permohonan dan panduan mengisi borang permohonan;
  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM di http://sph.islam.gov.my
  • Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan telah disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz;
  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan;
  • Pemohon hendaklah mencetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH”sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.

Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7141/ 7125/ 7146/ 7149 atau emel di alamat sph@islam.gov.my

The post Senarai Bantuan dan Insentif Bagi Bulan April 2023 Sempena Raya appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar