Pengeluaran KWSP Bersyarat: Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Susulan pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini melalui kenyataan akhbarnya bertarikh 21 Mac 2023,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).

Untuk makluman, Kerajaan memutuskan  tidak akan pertimbangkan sebarang pengeluaran tambahan baharu simpanan KWSP kerana pengeluaran khas tersebut merupakan langkah untuk membendung impak COVID-19. Malah, berdasarkan OECD, kesemua negara yang telah membenarkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabung persaraan mereka semasa pandemik telahpun memberhentikan fasiliti pengeluaran awal daripada tabung persaraan sejak 2021.

Namun, sebagai alternatif, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akan 2 yang  memberi kemudahan untuk ahli KWSP menggunakan baki simpanan dalam Akan 2 sebagai sandaran bagi mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan.

Apa itu ​​Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. 

Simpanan dalam Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta). 

Bagaimanapun, pengeluaran ini adalah bersyarat di mana pembayaran akan hanya dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun, seperti yang termaktub dalam Akta.

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)_01

Syarat – Syarat Kelayakan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan tidak bole dibatalkan setelah diluluskan
  • Permohonan dibuka dalam tempoh setahun (12 bulan) bermula daripada tarikh pelaksanaan yang akan dimaklumkan kelak
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
  • Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
  • Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang dimohon
Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)_02

Institusi Perbankan

Fasiliti Sokongan Akaun 2 akan dilaksanakan dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). 

KWSP akan mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak bank yang mengambil bahagian pada masa hadapan.

Pengiraan Amaun Kelayakan Awal

Amaun kelayakan awal permohonan melalui Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah berdasarkan amaun simpanan dalam Akaun 2 yang ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan seperti Pengeluaran Pendidikan, Kesihatan dan sebagainya.

Ilustrasi kelayakan pengeluaran adalah seperti di bawah:

Ilustrasi kelayakan pengeluaran fasiliti sokongan akaun 2

Walau bagaimanapun, amaun bagi pengeluaran bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun ini adalah berdasarkan kepada amaun yang diluluskan bagi pembiayaan peribadi serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.

Semakan Jumlah Simpanan Akaun 2 KWSP

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)_04

Ahli boleh menyemak jumlah simpanan Akaun 2 KWSP sebelum membuat permohonan pembiayaan peribadi dengan pihak institusi perbankan melalui kaedah berikut

  1. i-Akaun (Ahli)  https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login / Aplikasi mudah alih i-Akaun; atau
  2. Self Service Terminal (SST) di mana-mana cawangan KWSP

Tarikh Permohonan

Ahli-ahli KWSP yang layak boleh membuat permohonan mulai 7 April 2023.

Cara Memohon

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)_03

Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini. 

Ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit melalui Self-Service Terminal di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) untuk pengesahan identiti ketika membuat transaksi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

Info Lanjut

Untuk info lanjut yang lebih jelas dan detail mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) ini, sila layari

https://www.kwsp.gov.my/ms/fasiliti-sokongan-akaun-2

Soalan Lazim (FAQ)

​​Apakah Fasiliti Sokongan Akaun 2?

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) adalah satu kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Bilakah Permohonan fasa 1 dibuka?

Permohonan bagi ahli usia 40 hingga 50 tahun dibuka bermula 7 April 2023

Mengapakah KWSP membenarkan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?

Permohonan awal ini akan membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun, tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun?

i) Ahli perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit bagi tujuan penghantaran Transaction Authorisation Code (TAC) oleh KWSP bagi mengesahkan identiti ketika melakukan transaksi.
ii) Permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah dibuat secara dalam talian melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.

Apakah kadar faedah yang dikenakan bagi inisiatif ini?

Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4% hingga 5%, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8% hingga 15%.

The post Pengeluaran KWSP Bersyarat: Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar