Maklumat Pendaftaran Murid Tahun 1 sesi 2024/2025.
Sukacitanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, permohonan kemasukan murid ke darjah 1 bagi sesi persekolahan tahun 2024/2025 boleh dibuat secara atas talian (online).
Bagi ibu bapa atau penjaga, sila ambil perhatian berkaitan beberapa maklumat penting mengenai proses dan cara pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025.
Tarikh Permohonan Pendaftaran
Tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024 /2025 dibuka dari 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023.
Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
Permohonan ini terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2024 / 2025
Pendaftaran secara dalam talian bole dibuat melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my
- Bermula 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023
- Kanak-kanak yang layak memohon adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir dari 2.1.2017 hingga 1.1.2018
Langkah-langkah Pendaftaran Secara Online di Portal Sistem Pengurusan IDentiti (idMe) adalah sebagaimana berikut:
- Pendaftaran pertama kali melalui IdMe oleh Ibu bapa / Peniaga kepada anak jagaan.
- Ibu bapa / Penjaga klik pautan https://idme.moe.gov.my
- Pilih modul pengurusan awam.
- Isi/kemaskini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan dan maklumat anak jagaan.
- Klik Tambah anak/jagaan dan kemaskini (ika belum wujud)
- Setelah selesai di modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan
- Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun 1 KPM Tahun 2024
Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Facebooknya berkongsi 7 Soalan lazim berkenaan Pendaftaran Kemasukan Kanak-kanak Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025.
Tarikh Penting Proses Pendaftaran Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2024/2025
Bil | Proses Kerja | Tarikh |
1. | Pendaftaran Tahun 1 secara dalam talian | 2 Mei 2023 -30 Jun 2023 (Pendaftaran Biasa) _________ 1 Julai 2023-7 Februari 2024 (Pendaftaran Lewat) |
2. | Rumusan penempatan oleh sekolah secara dalam talian. | 1 Julai 2023- 16 Julai 2023 |
3. | Penyelarasan penempatan Tahun 1 oleh JPN/PPD | 17 Julai 2023 – 30 September 2023 |
4. | Semakan, pengesahan & rayuan penempatan | 01 Oktober 2023- 31 Oktober 2023 |
5. | Penyelarasan penempatan rayuan |
1 – 30 November 2023 |
6. | Semakan rayuan dan pengesahan penempatan rayuan | 1 – 31 DIsember 2023 |
7. | Penutupan Pendaftaran Tahun Secara Dalam Talian | 07 Februari 2024 – Ibu bapa /penjaga _________ 14 Februari 2024 – PPD/JPN/KPM |
8. | Pendaftaran secara manual dengan menggunakan borang ASBS | 15 Februari – Mac 2024 |
9. | Proses naik kelas | 1-10 Mac 2024 |
10. | Sekolah membuat ketetapan kelas | 1-10 Mac 2024 |
11. | Penerimaan murid Tahun 1 di sekolah | 10/11 Mac 2024 |
Info Lanjut
Sebarang info terkini pendaftaran ini, sila rujuk Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia;
https://www.facebook.com/KemPendidikan
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025, ibu bapa/penjaga dimohon untuk berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.
Sila rujuk laman portal berikut untuk alamat dan nombor telefon Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing;
https://www.moe.gov.my/pejabat-pendidikan-daerah
Soalan Lazim (FAQ)
Tarikh permohonan pendaftaran Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024 /2025 dibuka dari 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
https://ift.tt/jsxBhdy
Keputusan permohonan penempatan Tahun 1 boleh disemak di pautan https://idme.moe.gov.my pada 1 hingga 30 Oktober 2023.
Pemakluman keputusan permohonan Penempatan akan dipaparkan di laman utama idme untuk makluman ibu bapa/penjaga.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024/2025, ibu bapa/penjaga dimohon untuk berhubung terus dengan pejabat pendidikan daerah atau jabatan pendidikan negeri yang berhampiran.
The post Pendaftaran Murid Tahun 1 2024/2025: Login idme.moe.gov.my appeared first on Info Terkini Bantuan.