Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Cuti Raya Aidilfitri

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan Aidilfitri 2023 di Lebuhraya Utara-Selatan.

PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan sehari bakal menggunakan Lebuhraya PLUS pada Hari-hari Puncak pada musim perayaan yang akan datang. Oleh itu, sila jangkakan kesesakan yang mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda.

Sehubungan dengan itu, PLUS telah mengambil inisiatif dengan mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar pada musim perayaan Aidilfitri bagi perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada 19 April hingga 1 Mei 2023. 

TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan. 

Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri 2023

Cadangan Waktu Perjalanan Di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Sempena Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Perjalanan keluar dari Lembah Klang 19 April 2023 – 1 Mei 2023

Bagi pengguna lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kuala Kangsar-Bukit Merah) dan Johor, dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 9:00 pagi

Sementara itu, bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat seperti Perak (Tanjung Malim-Ipoh), Negeri Sembilan dan Melaka dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya di antara jam 12:00 tengah hari hingga 3:00 petang.

Perjalanan kembali ke Lembah Klang 19 April 2023 -1 Mei 2023

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada tempoh yang sama (19 April hingga 1 Mei), pengguna lebuh raya daripada Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pula dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9:00 pagi.

Sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini, semua kemudahan awam seperti surau, tandas dan stesen minyak di kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan dan keselesaan pengguna lebuh raya.

Di kawasan-kawasan rehat ini, PLUS menyediakan pelbagai jenis gerai makanan dan minuman bagi memudahkan pengguna lebuh raya mendapatkan keperluan atau berehat seketika sebelum menyambung semula perjalanan di lebuh PLUS juga menyediakan tandas mudah alih sebagai tambahan kepada tandas awam sedia ada di R&R, hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk keselesaan pengguna lebuh raya. PLUS juga menempatkan anggota RELA di kawasan-kawasan tersebut untuk pengurusan trafik. 

Di samping jadual TTA, pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik dan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

Maklumat Trafik Terkini

Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Twitter Plustrafik = https://twitter.com/plustrafik 

CCTV Trafik Highway PLUS Secara Live

Pengguna PLUS juga boleh melihat trafik terkini secara live bagi memantau keadaan lokasi dan lebuhraya bagi merancang perjalanan anda.

Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya.

Berikut adalah cara untuk melihat trafik terkini secara live;

  1. Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Status Trafik Semasa.
  3. Kemudian, pilih lebuhraya PLUS berikut;
    • E1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS UTARA)
    • E2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS SELATAN)
  4. CCTV Live view akan dipaparkan bagi setiap kamera di PLUS Utara atau Plus Selatan.

Rancang Perjalanan Anda

Setiap kali Syawal menjelang, persiapan untuk pulang ke kampung sentiasa menjadi keutamaan adakala melebihi persiapan menyambut Aidilfitri itu sendiri.

Oleh yang demikian, PLUS telah berkongsi tips perjalanan balik kampung sebagai panduan terutama pada Hari-hari Puncak di mana lonjakan trafik di lebuh raya dijangka meningkat sehingga melebihi 2 juta kenderaan sehari.

Untuk membantu merancang perjalanan anda, patuhi Jadual Waktu Perjalanan (TTA) yang telah disediakan. Utamakan keselamatan, semoga anda menikmati pengalaman perjalanan sebaik mungkin ketika berada di lebuh raya kami.

Rancang Perjalanan Anda

Tips Sebelum Memulakan Perjalanan

Para pemandu di Lebuhraya PLUS dinasihatkan supaya mengikuti peraturan jalan raya dan papan tanda serta mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka ketika memandu agar dapat mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Tips Sebelum Memulakan Perlajanan

Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan (MOT) menguatkuasakan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) pada waktu puncak iaitu 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan).

Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan media, penguatkuasaan ini adalah sebagai salah satu inisiatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan secara tidak langsung mengurangkan risiko nahas jalan raya.

Larangan-Pemanduan-Kenderaan-Barangan-Sempena-Hari-Raya-Aidilfitri-HRA-2023-

Info Lanjut dan Maklumat Terkini

Sebarang info lanjut, maklumat terkini, pertanyaan dan lain-lain sila ikuti melalui saluran berikut;

Sumber: Plus Malaysia

The post Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Cuti Raya Aidilfitri appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar