Ini adalah maklumat penting bagi penerima bantuan Kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori bujang yang perlu diketahui bagi tahun 2023.
Untuk bantuan STR Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah ini.
Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR 2023 merupakan program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Untuk makluman semua, ada yang memanggil bantuan ini sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR), namun nama rasmi yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Januari yang lalu adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Oleh itu jangan keliru antara BTR dan STR.
Golongan Bujang merupakan antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Secara umumnya pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun
Kelayakan Bujang untuk Menerima STR
Individu bujang yang layak menerima STR adalah;
- Bujang atau Bujang OKU
- Had umur adalah 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Semakan Kelayakan STR
Semakan status STR fasa boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
- Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 2
- Klik maklumat pembayaran
Tarikh dan Jumlah Bayaran Kategori Bujang?
Secara keseluruhannya, individu bujang yang diluluskan permohonan akan menerima bantuan sebanyak RM350.
Berbeza dengan kategori isi rumah dan warga emas sebatang kara, kategori bujang akan menerima 3 kali pembayaran iaitu pada fasa 1, fasa 2 dan fasa 3.
Fasa 1 – RM100 (telah dibayar)Fasa 2 – RM100 (telah dibayar- Fasa 3 – RM150
- Fasa 4 – Tiada Bayaran
Jadual pembayaran adalah sebagaimana berikut;
Tarikh sebenar pembayaran bagi fasa 3 akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.
Kaedah Pembayaran
Pembayaran STR adalah seperti kaedah pembayaran bantuan sebelum ini:
i. Ada akaun bank:
- Berjaya Kredit –
Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan STR; atau
Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BKM sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini STR.
ii. Tiada akaun Bank
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini STR.
Permohonan Baharu Bantuan Bujang STR
Pendaftaran atau permohonan baharu bagi kategori bujang boleh dibuat sebagaimana maklumat berikut;
- Secara dalam talian mulai
01 Mac 2023 – 31 Mac 2023(Telah ditutup) - Secara borang kertas mulai
08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 (Telah ditutup)
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;
- Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit
- Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
- Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Penghantaran Borang STR 2022
Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;
Atau
Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:
Peti Surat STR GPO Shah Alam 40800 Shah Alam SELANGOR |
Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Info dan Pertanyaan Mengenai STR
Talian Bantuan Khas Kerajaan
Hotline STR LHDNM
- 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
Hotline STR MOF
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
e-Mel
Alamat
- Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.
Soalan Lazim STR Bujang
Apakah Kelayakan Bujang untuk Menerima STR?
1. Bujang atau Bujang OKU
2. Had umur 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
3. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
https://ift.tt/0DTOPE1
Jumlah keseluruhan adalah RM350
Januari Fasa 1= RM100 (Telah di bayar)
April Fasa 2 = RM100 (telah dibayar)
Julai Fasa 3 = RM150
November Fasa 3 = Tiada Bayaran
Lihat juga Tambahan RM600 bantuan STR melalui baucar dan bakul makanan
The post Bantuan STR Bujang: Tarikh & Jumlah Bayaran Bagi Tahun 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.