Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023: Kadar & Bayaran Online

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Negeri Wilayah Persekutuan tahun 2023 / 1444H melalui pengumuman yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata, tiga kadar itu adalah RM7, RM14 dan RM21 dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

Kadar bayaran zakat fitrah ini merupakan ketetapan bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tahun 1444H / 2023M.

Penetapan kadar zakat fitrah RM7 berdasarkan satu gantang Baghdad atau harga bagi 2.6 kilogram beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat Wilayah Persekutuan.

Manakala dua lagi kadar zakat ditetapkan kepada mereka berkemampuan dan ingin membayar mengikut harga beras dimakan bagi diri dan tanggungan.

Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2023 / 1444H

KADAR ZAKAT FITRAH 1444H BAGI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN LABUAN
Negeri Kadar Bayaran
Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)
– RM7.00 (Kadar wajib bayaran zakat fitrah)
– RM14.00 (Galakan kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan)
– RM21.00 (Galakan kadar bayaran zakat fitrah mengikut jenis beras yang dimakan)

MAIWP telah menetapkan tiga kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi pembayar zakat di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu kadar RM7 yang merupakan kadar wajib bayaran zakat fitrah berdasarkan beras tempatan (5% kandungan beras hancur).

Kadar RM14.00 pula adalah bagi golongan yang makan bagi jenis beras seperti Beras Putih
Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni dan Beras Wangi.

Manakala kadar RM21.00 adalah untuk mereka yang makan bagi jenis beras seperti beras merah, beras jepun dan beras basmathi.

Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan. Walaubagaimanapun bayaran zakat fitrah boleh dibayar mengikut kemampuan masing-masing.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2023

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP.

Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Bagi mereka yang ingin membayar zakat fitrah secara online, terdapat beberapa kaedah bayaran yang boleh dibuat sebagaimana berikut;

  1. Melalui Portal https://fitrah.zakat.com.my/ 
  2. Laman sesawang ejen-ejen Bank (14 buah bank)

Bayaran Melalui Amil dan Kaunter

Selain bayaran melalui online, anda juga boleh membayar melalui amil-amil yang dilantik oleh MAIWP.

Bayaran juga boleh di buat melalui kaunter PPZr MAIWP yang dibuka mengikut jadual yang ditetapkan.

Rujuk waktu pembukaan kaunter PPZ MAIWP bulan Ramadhan;

https://www.zakat.com.my/kaunter-ppz/

Untuk makluman, Kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum bagi memudahkan orang ramai.

Sementara itu, Jabatan Penerangan WP Labuan juga berkongsikan LOKASI AMIL FITRAH DI W.P LABUAN bagi memudahkan orang ramai membuat urusan bayaran fitrah pada tahun ini.

LOKASI AMIL FITRAH DI W.P LABUAN.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

  • Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
  • Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Pusat Pungutan Zakat MAIWP melalui Facebook;

https://www.facebook.com/myzakat

Anda juga boleh merujuk laman web Pusat Pungutan Zakat MAIWP melalui pautan berikut;

https://www.zakat.com.my/

Lihat juga kadar Zakat Fitrah negeri-negeri lain

Soalan Lazim FAQ

Berapa kadar Zakat Fitrah W.P Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tahun 2023?

– RM7.00 
– RM14.00
– RM21.00

Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di Wilayah Persekutuan?

– Secara atas talian (online) melalui portal https://fitrah.zakat.com.my/
– Melalui amil yang dilantik
– Melalui kaunter PPZ MAIWP

Bilakah waktu untuk membayar zakat fitrah?

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah hukum zakat fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

The post Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023: Kadar & Bayaran Online appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar