Zakat Fitrah Selangor 2023: Kadar dan Kaedah Bayaran Online

Lembaga Zakat Selangor telah mengumumkan kadar zakat fitrah Selangor bagi tahun 2023 / 1444H.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat ini boleh dibuat secara dalam talian, pembayaran melalui Penolong Amil Fitrah (PAF) yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LSZ), atau pembayaran di 18 cawangan LZS.

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIS menggalakkan pembayaran zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh penduduk negeri ini.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor bagi tahun 2023 / 1444H

Kadar Zakat Fitrah Selangor 2023

Kadar bayaran bagi negeri Selangor adalah kekal sebagaimana tahun sebelum ini dengan bayaran adalah mengikut harga beras yang dimakan iaitu RM7, RM14 dan RM21 seorang.

Kadar zakat ini berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan pada kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

Kadar Jenis Beras
RM 7.00 Beras Super Tempatan Gred A
RM 14.00 Beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi
RM 21.00 Beras basmathi, beras jepun, dan beras merah.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggalakkan rakyat bagi negeri ini membayar atau menunaikan zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu/keluarga masing-masing.

Pelaksanaan kaedah ini telah digunakan sejak tahun 2018 lagi.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Negeri Selangor bagi tahun 2023 Secara Online

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Bayaran secara online boleh dibuat melalui beberapa platform berikut;

1. Portal ezakatPay

https://fpx.zakatselangor.com.my/

2. Aplikasi e-dompet GoPayZ

3. Aplikasi e-dompet Boost

4. QR Code

5. Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)

6. Portal MyEG www.myeg.com.my

7. Pos Online www.posonline.com.my

Bayaran Zakat Fitrah Melalui Amil Yang Di Lantik

Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik seramai 2,642 orang Penolong Amil Fitrah (PAF) di seluruh negeri Selangor sepanjang bulan Ramadan tahun ini bagi memudahkan umat Islam di Selangor menunaikan zakat fitrah.

Penolong Amil Fitrah ( PAF ) yang dilantik telah diberikan latihan khusus berkaitan gerak kerja fitrah dan penggunaan mobile apps. Sesi pengukuhan dan latihan ini telah dijalankan sebanyak 10 siri melibatkan 9 daerah di negeri Selangor, termasuk dua sesi latihan yang melibatkan daerah Petaling. Sesi pengukuhan dan latihan ini bermula dari 8 Febuari 2023 sehingga 28 Febuari 2023.

Pada tahun ini, LZS telah memperkenalkan tiga jenis kupon fitrah iaitu RM7 berwarna hijau, RM14 berwarna merah dan RM21 berwarna oren. Warna nilai kupon fitrah ini bersandarkan kepada nilai matawang ringgit.

Seiring dengan era digitalisasi, LZS mengorak selangkah ke hadapan dengan memperluaskan penggunaan mobile apps oleh PAF di seluruh masjid negeri Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai juga digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah hanya kepada amil yang dilantik oleh LZS.  Identiti PAF LZS dapat dikenal pasti melalui kad tauliah dan sijil lantikan yang disahkan.

Bayaran Melalui Cawangan LZS

LZS juga akan membuka 18 cawangannya di Selangor setiap hari termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini.

Waktu urusan pada hari bekerja bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, cawangan LZS akan dibuka bermula 9 pagi hingga 3 petang.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang perkara ini, boleh merujuk laman rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Facebook;

https://www.facebook.com/zakatselangor

Anda juga boleh merujuk laman web melalui pautan berikut;

https://www.zakatselangor.com.my/

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Zakat Fitrah

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor Tahun ini?

– RM7.00 – Beras super special
– RM14.00 – Beras putih import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi
– RM21.00 – Beras basmathi, beras jepun, dan beras merah.

Apakah Maksud “Bayaran Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang di Makan?

Bermaksud bayaran zakat fitrah adalah mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan keluarga.

Kenapa Kita Digalakkan Membayar Zakat Fitrah Mengikut Harga Beras Yang Dimakan?

Kita digalakkan membayar zakat fitrah mengikut harga beras yang dimakan kerana ia merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan lebihan daripada zakat fitrah tersebut akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah?

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.

The post Zakat Fitrah Selangor 2023: Kadar dan Kaedah Bayaran Online appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar