Zakat Fitrah Kelantan 2023: Kadar dan Kaedah Bayaran Online

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri Kelantan untuk tahun 2023 / 1444H selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Bayaran zakat fitrah ini boleh dibuat mulai 1 Ramadhan pada tahun ini sehingga sebelum menunaikan solat Aidilfitri pada 1 Syawal.

Pembayaran bagi zakat fitrah ini boleh dibuat secara dalam talian (online) atau pembayaran melalui amil / melalui kaunter MAIK.

Terdapat tiga kadar zakat yang telah diumumkan di mana MAIK menggalakkan pembayaran zakat fitrah berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan.

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan Bagi Tahun 2023 / 1444H

Harga Zakat Fitrah untuk Negeri Kelantan bagi tahun 1444H/2023M telah ditetapkan sebanyak RM7.00.

Walau bagaimanapun, mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM14.00 atau RM21.00 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Cara Pembayaran Zakat Fitrah  Bagi Negeri Kelantan Tahun 2023

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun pembayaran zakat fitrah boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan Kaunter Baitulmal di masjid bandar serta jajahan.

Pembayaran Melalui Kaunter Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Bagi mereka yang dingin membayar zakat fitrah melalui kaunter MAIK, ia dibuka setiap hari sepanjang bulan Ramadhan iaitu dari 23 Mac hingga 21 April 2023.

Hari Bekerja Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum (Kelepasan Am)
8:00 pagi – 5:00 petang 8:30 pagi – 5.00 petang
Pembukaan Kaunter Zakat MAIK Ramadhan 2023

Pembayaran Secara Atas Talian (Online)

Kadar Zakat Fitrah Kelantan 2023

Pembayaran zakat fitrah di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini boleh dibuat secara online melalui laman portal e-MAIK sebagaimana cara berikut;

  1. Layari Portal Rasmi MAIK di www.e-maik.my dan klik pada ikon e-Fitrah
  2. Atau layari https://efitrah.e-maik.my/ 
  3. Isi dan lengkapkan maklumat pembayar
  4. Pilih kadar fitrah dan teruskan pembayaran

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

Syarat Wajib Mengeluarkan Fitrah:

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan tentang zakat fitrah ini, boleh merujuk laman rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan melalui Facebook;

https://www.facebook.com/maikkelantanofficial

Anda juga boleh merujuk Portal Rasmi MAIK melalui pautan berikut;

https://www.e-maik.my/

Lihat juga kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain;

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan Bagi Tahun 2023?

RM 7.00
RM 14.00
RM 21.00

Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di negeri Kedah

1) Secara online melalui www.e-maik.my atau https://efitrah.e-maik.my/ 
2) Bayaran melalui Amil yang dilantik
3) Bayaran di kaunter MAIK

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri (badan) yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bilakah Waktu Untuk Membayar Zakat Fitrah

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri? Walaupun begitu umat Islam digalakkan menunaikan zakat fitrah di awal Ramadan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum hari raya.

Apakah Hukum Zakat Fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

The post Zakat Fitrah Kelantan 2023: Kadar dan Kaedah Bayaran Online appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar