Tawaran Tajaan JPA: Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2023

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) untuk memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023.

Penajaan Program Ijazah Dalam Negara adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama  yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU).

Apakah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)?

PIDN adalah program penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) di Malaysia.

Syarat Permohonan

​​Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

1. Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

2. Syarat Khusus

  • Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
  • Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
    • Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang- kurangnya 3.30; dan
    • Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA.

Bidang-bidang yang dimohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).

Bidang Pengajian

  • Kejuruteraan dan Teknikal
  • Seni Bina
  • Sains
  • Veterinar
  • Sains Sosial

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Berikut adalah bidang pengajian yang tidak ditaja bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

  • Bidang perubatan;
  • Bidang pergigian;
  • Bidang farmasi;
  • Bidang pendidikan;
  • Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan, lesen menyelam dan sebagainya;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / ijazah dual / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.

Cara Memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Permohonan dibuka secara dalam talian (online) di pautan berikut

http://esilav2.jpa.gov.my

Atau terus ke pautan berikut;

https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN

Tempoh  Permohonan

Permohonan bagi tajaan Program Ijazah Dalam Negara mulai 20 Mac 2023 (8.00 pagi) hingga 2 April 2023 (jam 11.59 malam). 

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

  • Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. 
  • Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Syarat Perjanjian Boleh Ubah

Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:

  1. Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

Tarikh-tarikh Penting

​​ 

Aktiviti Tarikh / Hari
Permohonan dibuka 20 Mac 2023 (Isnin)
Permohonan ditutup 2 April 2023 (Ahad)
Jangkaan Keputusan September 2023
Sesi Mula Tajaan September 2023

Senarai Institusi Yang Ditaja Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023

1.     Universiti Malaya (UM)

2.     Universiti Sains Malaysia (USM)

3.     Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4.     Universiti Putra Malaysia (UPM)

5.     Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

6.     Universiti Teknologi MARA (UiTM)

7.     Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8.     Universiti Malaysia Sabah (UMS)

9.     Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

10.  Universiti Utara Malaysia (UUM)

11.  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

12.  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

13.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

14.  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

15.  Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

16.  Universiti Malaysia Pahang (UMP)

17.  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

18.  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

19.  Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

20.  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

21.  Politeknik Ungku Omar

22.  Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

23.  Politeknik Ibrahim Sultan

24.  Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

25.  Universiti Multimedia (MMU)

26.  Universiti Teknologi Petronas (UTP)

27.  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

28.  Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)

Info Lanjut dan Pertanyaan

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 bermula 20 hingga 31 Mac 2023, jam 9.00 pagi hingga 4:00 petang atau e-melkan kepada pidn2023@jpa.gov.my  (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Iklan Tawaran Penajaan JPA- Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2023

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah tempoh permohonan bagi tajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023?

Tempoh permohonan bagi tajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2023 adalah bermula dari 20 Mac 2023 (8.00 pagi) hingga 2 April 2023 (11.59 malam).

Apakah syarat umum permohonan yang perlu dipenuhi oleh calon-calon yang berminat?

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:
1) Warganegara Malaysia;
2) Mempunyai kesihatan yang baik;
3) Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
4) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
5) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
6) Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).

Adakah permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan dipertimbangkan?

Tidak, permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Bagaimana cara memohon?

Secara online melalui http://esilav2.jpa.gov.my/

Apakah bidang yang ditawarkan?

1) Kejuruteraan dan Teknikal
2) Seni Bina
3) Sains
4) Veterinar
5) Sains Sosial

The post Tawaran Tajaan JPA: Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2023 appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar