STR Isi Rumah Fasa 2: Tarikh & Jmlah Bayaran Kategori Keluarga

Ini adalah maklumat penting bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  kategori isi rumah berkeluarga yang perlu diketahui.

Dalam pengumuman baru-baru ini yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan April sebelum sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.

Golongan isi rumah merupakan antara kategori yang akan menerima bayaran STR Fasa 2 selain daripada kategori bujang, warga emas tiada pasangan dan ibu/bapa tunggal.

Untuk bantuan STR isi rumah fasa 2, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Apa itu STR 2023?

Berasaskan Konsep Payung Rahmah, Kerajaan telah menjenamakan semula program Bantuan Tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan Malaysia kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kategori isi rumah merupakan antara penerima terbesar bantuan selain daripada kategori bujang dan warga emas.

Secara umumnya pembayaran STR akan dilaksanakan 4 kali setahun di mana fasa 2 dijadualkan pada April ini.

Tarikh Bayaran STR Isi Rumah Fasa 2

Jadual Pembayaran STR Fasa 2

Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;

  • Januari – Fasa 1 (Telah dibayar)
  • April – Fasa 2
  • Julai – Fasa 3
  • November – Fasa 4

Dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Mac lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.”

Oleh yang demikian ini jangkaan tarikh bayaran berdasarkan pengumuman tersebut;

  • Awal April 2023
  • Pertengahan Ramadhan

Namun, beberapa laporan media dan akhbar baru-baru ini memaklumkan fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 5 April 2023 (RABU).

Petikan Akhbar Sinar Harian 28 Mac 2023 tarikh bayaran fasa 2 STR

Walaupun begitu, pengumuman rasmi akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia selepas ini.

Untuk makluman, beberapa bantuan lain yang akan dibayar pada bulan ini adalah sebagaimana berikut;

Semakan Status STR 2023

Semakan status kelulusan STR  boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 1

Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 2
  • Klik maklumat pembayaran

Sekiranya layak STR fasa 2, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Untuk makuman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM. 

Jumlah Bayaran

Berdasarkan jadual pembayaran yang diumumkan dalam portal Kementerian Kewangan Malaysia, jumlah bayaran bagi STR fasa 2 adalah sebagaimana berikut;

Kategori Jumlah
Isi Rumah
– Kahwin
– Ibu Bapa Tunggal mempunyai Anak
RM200
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan RM100
Bujang RM100
Jumlah Bayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah

Cara Bayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 2 kategori isi rumah  adalah sama sebagaimana kategori-kategori lain di mana pembayaran Fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.

Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.

Permohonan Baharu STR 2023 

Untuk makluman permohonan baharu STR untuk kategori isi rumah dan kategori-kategori lain boleh dibuat sebelum 31 Mac 2023.

Permohonan baharu dibuka untuk memastikan individu yang layak atau yang belum terdapat dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan, serta membenarkan penerima sedia ada yang mengalami sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan STR?

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:

  • Tidak   mengemaskini permohonan   tiga  tahun  berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022.
  • Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini.

Cara Membuat Permohonan STR 2022

2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

  1. Permohonan Secara Dalam Talian
  2. Permohonan Melalui Borang

Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:

  • Portal Rasmi STR LHDNM; atau
  • Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Penghantaran Borang STR 2022

Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat  Transformasi Bandar (UTC) LHDNM;

Atau

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

FAQ (Soalan Lazim)

Bilakah Tarikh Bayaran STR Isi Rumah Fasa 2?

Awal April atau 2 minggu sebelum Hari Raya Puasa

Berapa jumlah bayaran kategori isi rumah fasa 2?

RM300

Bagaimana cara semakan kelayakan?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bagaimana Cara Pembayaran?

Ada Akaun – di bayar ke akaun masing-masing.
Tiada Akaun – tunai di BSN.

Siapakah yang layak menerima pembayaran Bantuan Rahmah Fasa 2?

Penerima STR yang layak menerima bayaran fasa seterusnya adalah penerima yang berstatus lulus melalui semakan di MySTR.

The post STR Isi Rumah Fasa 2: Tarikh & Jmlah Bayaran Kategori Keluarga appeared first on Info Terkini Bantuan.



LihatTutupKomentar