Permohonan Biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH), Tarikh Tutup 7 April 2023

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Permohonan Biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH), Tarikh Tutup 7 April 2023. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar-pelajar Hafiz yang telah ditawarkan menyambung pengajian (sepenuh masa) di peringkat Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana / Doktor Falsafah dalam dan luar negara untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi sesi pengajian 2022/2023 (Semester 2).

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online).

Calon-calon yang berkelayakan boleh memohon sebelum tarikh tutup permohonan.

Apa Itu Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)?

Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
Tempoh Permohonan

Permohonan di atas talian bermula 27 Mac Hingga 7 April 2023

Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)?

Pelajar yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan;
  3. Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi;
  4. Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH;
  5. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di tahun 2 dan ke atas dengan baki pengajian tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian, adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.
  6. Telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi ;
  7. Memenuhi syarat akademik seperti yang diperuntukan dalam seperti berikut :-

Kelayakan Akademik Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Syarat Minimum Akademik

Semua peringkat pengajian WAJIB mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
 

Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 3.0 ke atas

ATAU

Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / STM Pangkat Jayyid / Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKIM Pangkat Jayyid
+
SPM 5 Kepujian / STPM 2 Prinsipal B (Syariah, Usuluddin, dan Bahasa Arab) / STAM Pangkat Jayyid

Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Mudah Tahun 2 dan Ke Atas

PNGK tahun pertama 3.3 ke atas
+
Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas / Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / STM Pangkat Jayyid

Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana / Ph.D (Pengajian Dalam Negara Sahaja)

Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
+
Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 2.75 ke atas / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA PNGK 2.75 ke atas / Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM PNGK 3.0 ke atas / STM Pangkat Jayyid

Calon Yang Tidak Layak Memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Pelajar yang tidak layak memohon adalah seperti berikut;
  • Calon yang telah mendapat tajaan / biasiswa daripada mana-mana penaja;
  • Pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Foundation / Pensijilan Tahfiz al-Quran / Pusat Bahasa
  • Penjawat awam; dan
  • Pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh.

Bidang Pengajian

1) Ijazah Sarjana Muda

  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Teknologi
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Optometri
  • Undang-Undang
  • Ekonomi/ Akaun

2) Ijazah Sarjana /Doktor Falsafah Pengajian Islam

Bidang Pengajian Dalam Negara

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Perubatan

Tempat Pengajian

Dalam Negara
  • Universiti Awam (UA) yang diiktiraf oleh kerajaan

Luar Negara
Jordan;
  • Universiti Mu’tah
  • Universiti Al-Balqa
  • Universiti Al-Hashemite
  • Universiti Amman
  • Universiti Jordan, Amman
  • Universiti Al-Bayt
  • Universiti Yarmouk
  • Universiti WISE

Mesir;
  • Maahad Qiraat Al-Azhar
  • Universiti Al-Azhar
  • Maahad Qiraat Mansoura
  • Universiti Thanta

Indonesia;
  • Institut Agama Islam Negeri Alauddin, Makassar
  • Institut Agama Islam Negeri Antasari, Bandjarmasin
  • Institut Agama Islam Negeri Imam Bondjol, Padang
  • Institut Agama Islam Negeri Raden Fatah, Palembang
  • Institut Agama Islam Negeri Sunan Kalidjaga
  • Institut Agama Islam Negeri Syarif Hidayatullah
  • Institut Agama Islam Negeri Thaha Sjaifuddin Djambi
  • Institut Agama Islam Negeri Wali Songo, Semarang
  • Institut Agama Islam Raden Intan, Lampung
  • Universitas Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Aceh
  • Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau
  • Universitas Islam Negeri Sumatera Utara, Medan
  • Universitas Islam Negeri Sunan Ampel, Surabaya

Kadar dan Cara Pembayaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Skim ini membiayai yuran dan elaun.

Kadar bayaran Skim Pembiayaan Hafiz adalah mengikut kadar yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Elaun akan dibayar dan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.

Cara Memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Tatacara Permohonan adalah seperti yang berikut:
  1. Pemohon dikehendaki memahami syarat-syarat permohonan dan panduan mengisi borang permohonan;
  2. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal i-Hafiz JAKIM di http://sph.islam.gov.my;
  3. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan telah disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz;
  4. Pemohon boleh mengemaskini maklumat di portal i-Hafiz pada bila-bila masa sebelum permohonan dihantar atau sehingga tarikh tutup permohonan;
  5. Pemohon hendaklah mencetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH”sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat; dan
  6. Dokumen Sokongan

Pelajar yang telah mengemukakan permohonan (secara atas talian) dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:
  • 1 Keping Gambar Terkini Berukuran Passport;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil-sijil akademik;
  • Diploma Tahfiz al-Quran JAKIM / Diploma Tahfiz yang diiktiraf MQA/ Sijil Tahfiz al-Quran JAKIM / Sijil Tahfiz Malaysia / Sijil Tahfiz Kementerian dengan kerjasama JAKIM
  • Sijil Pelajaran Malaysia
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/ Sijil Tinggi Agama Malaysia
  • Salinan Transkrip Pensijilan/ Diploma/ Ijazah/ Sarjana.
  • Salinan Surat Tawaran Pengajian
  • Surat Akuan Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian dan Salinan Keputusan Peperiksaan semasa (bagi permohonan di tahun dua dan ke atas);
  • Salinan kad pengenalan ibu / bapa / penjaga/ tanggungan;
  • Slip gaji ibu / bapa / penjaga ATAU Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri); dan
  • Sijil-Sijil Ko-Kurikulum.

Semakan Status Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)

Semua urusan berhubung panggilan temuduga, senarai pemilihan berjaya dan surat tawaran akan dimaklumkan melalui portal SPH iaitu http://sph.islam.gov.my dan portal rasmi JAKIM di www.islam.gov.my.

Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di laman web JAKIM dan Portal SPH dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini berhubung Skim Pembiayaan Hafiz (SPH).
 

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7141/ 7125/ 7146/ 7149 atau emel di alamat sph@islam.gov.my.

Sumber: i-Hafiz JAKIM
LihatTutupKomentar