Permohonan PISMP: Ijazah Sarjana Muda Perguruan Tajaan KPM


PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020, 2021 dan 2022 yang berkelayakan, berpotensi, berminat serta beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) Pendidikan Islam.

Warganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan.

Permohonan dibuka untuk tempoh sebulan bermula 15 Mac – 14 April 2023 yang boleh dibuat di portal https://pismp.moe.gov.my/

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 2023

  • Laluan Perdana
  • Laluan Khas
  • Ambilan Khas

Calon SPM Tahun 2020, 2021, 2022

Mod Pengajian:
  • Sepenuh masa

Tempoh Pengajian:
  • Satu (1) tahun persediaan.
  • Empat (4) tahun ijazah.
 

1) Laluan Perdana PISMP

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
 

Syarat dan Kelayakan Umum Laluan Perdana PISMP

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2023 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: Bahasa Melayu, Sejarah, dan Bahasa Inggeris.
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online)

Bidang Pengkhususan Yang DiTawarkan

Sekolah Kebangsaan (SK)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)


2) Laluan Khas PISMP

a) Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)

Program ini dikhususkan untuk laluan khas calon Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bagi mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Syarat dan Kelayakan Umum MBPK 

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2023.
  3. Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling 4. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).
  4. Boleh mengurus diri sendiri.
  5. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  6. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  7. Memperolehi sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam mana-mana 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta LULUS Sejarah dengan mengambil kira syarat akademik yang ditetapkan.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online)

Bidang Pengkhususan Yang DiTawarkan

Sekolah Kebangsaan (SK)

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)


b) Murid Orang Asli/Peribumi Penan/Sekolah Sukan Malaysia/Sekolah Seni Malaysia

Program ini dikhususkan untuk laluan khas calon murid Orang Asli/Peribumi Penan/Sekolah Sukan Malaysia/Sekolah Seni Malaysia bagi mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.
 

Syarat dan Kelayakan Umum

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2023 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurangkurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah.
  6. Memenuhi syarat bidang pengkhususan. (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online)

Bidang Pengkhususan Yang DiTawarkan



3) Ambilan Khas PISMP

  • LULUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) YANG MEMILIKI SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA) ATAU SIJIL MENENGAH UGAMA (SMU) DAN LULUSAN SIJIL UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa

Syarat dan Kelayakan Umum Ambilan Khas PISMP

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2023 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2003.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya 6 kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lulus Sejarah.

Syarat Tambahan Ambilan Khas PISMP

  1. Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU.
  2. Lulusan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML)
 

Bidang Pengkhususan Yang DiTawarkan


Cara Memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2023.
  2. Calon SPM Tahun 2022 boleh mengemukakan permohonan walaupun belum memiliki keputusan sebenar peperiksaan.
  3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, ujian kecergasan fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting proses pengambilan sebelum membuat permohonan.
  4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup. (Rujuk tarikh-tarikh penting proses pengambilan PISMP)
  5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.
  6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.
 

Tarikh-Tarikh Penting Proses Pengambilan Calon Guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)



Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3,
BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6731/6768/6760/6733/6693

Soalan Lazim (FAQ)

Siapakah yang boleh layak memohon bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ?
Pelajar lepasan SPM tahun 2022, 2021 dan 2020.
 
Adakah syarat umur ditetapkan?
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2023.
 
Di manakah saya boleh memohon?
Pemohonan boleh dibuat melalui https://pismp.moe.gov.my/

Berapakah pilihan bidang yang boleh dibuat?
Pemohon perlu membuat dua pilihan bidang sahaja.
 
Bilakah permohonan dibuka
Permohonan dibuka untuk tempoh sebulan bermula 15 Mac – 14 April 2023
LihatTutupKomentar