Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023 Seluruh Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2023 Seluruh Malaysia. Jadual waktu berbuka puasa dan imsak yang dilampirkan ini adalah untuk bulan Ramadhan tahun 2023 / 1444 Hijrah bagi seluruh negeri di Malaysia.

Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM e-Solat bagi bulan Ramadhan 1444 Hijrah.

Takwim atau jadual waktu berbuka dan imsak ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka dan imsak mengikut negeri masing-masing.

Semoga Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak ini memudahkan urusan anda seharian di bulan puasa ini.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Mengikut Negeri-negeri di Malaysia

Bagi memudahkan anda menyemak waktu berbuka dan imsak mengikut negeri-negeri, sila klik mengikut negeri atau zon pilihan anda. Ia akan memaparkan jadual lengkap mengikut zon masing-masing.

1. Johor

2. Kedah

3. Kelantan

4. Kuala Lumpur 

5. Labuan

6. Melaka

7. Negeri Sembilan

8. Pahang

9. Perak

10. Perlis

11. Pulau Pinang

12. Putrajaya

13. Sabah

14. Sarawak

15. Selangor

16. Terengganu

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”. 

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya adalah berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Bagaimana Jika Tersalah Bersahur Dengan Makan dan Minum Selepas Azan Subuh?

Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur

Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain

Rujukan; https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3410-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-130-hukum-tersalah-bersahur-atau-berbuka-puasa-bukan-pada-waktunya?

Senarai keseluruhan waktu iftar dan imsak seluruh Malaysia mengikut negeri;

Apakah niat puasa bulan Ramadhan?

– Niat tiap-tiap hari – “Sahaja aku berpuasa esok hari di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”

– Niat sebulan – dilakukan pada malam pertama puasa (22 Mac 2023 – Rabu) – “Sahaja aku berpuasa di bulan Ramadan secara keseluruhannya pada tahun ini kerana Allah Ta’aala”

Adakah masuk waktu imsak bermulanya puasa?

Waktu imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa.

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Apakah Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa?

1) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. 
2) Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air. 
3) Membaca doa sebelum berbuka puasa. 
4) Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa

LihatTutupKomentar