Bersempena Hari Polis ke-216, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memberikan tawaran diskaun pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.
JSPT melalui Facebooknya memaklumkan tawaran diskaun pengurangan saman PDRM ini adalah terhad ditawarkan selama 12 hari sahaja bermula dari 20 Mac hingga 31 Mac 2023.
Orang ramai yang mahu membuat bayaran boleh mendaftar MyBayar Saman dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Tawaran Pengurangan Saman
Diskaun saman PDRM ini adalah bagi kesalah terpilih sahaja di mana tawaran diskaun adalah sehingga 60%.
Namun begitu, pengurangan kompoun tidak ditawarkan bagi 11 jenis kesalahan berikut;
1.Kemalangan
2.Kesalahan tidak boleh kompaun (NC)
3.Kesalahan bicara mahkamah (M)
4.Tidak patuhi isyarat lampu merah
5.Saman berstatus waran (W)
6.Memotong di garisan berkembar
7.Kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori)
8.Kesalahan pengubahsuaian ekzos
9.Memotong secara berbahaya
10. Saman berstatus op selamat
11. Menggunakan lorong kecemasan
Kaedah Bayaran
Pembayaran boleh dibuat melalui 3 kaedah iaitu;
- Bayaran secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara
- Bayaran secara atas talian (online)
- Bayaran melalui mesin ATM Maybank
Sekiranya anda memilih bayaran melalui online, anda boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
- Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
- Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
- Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
- Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Selain menggunakan portal dan aplikasi MyBayar Saman atau ke kaunter saman trafik di kontinjen serta daerah, anda boleh juga membuat pembayaran saman diskaun 60% dengan menggunakan mesin ATM Maybank di seluruh negara bagi saman-saman yang terpilih.
Lihat tutorial bayaran di mesin ATM Maybank melalui video berikut;
https://www.facebook.com/JSPTPDRM/videos/747554996765702/
Cara Semakan Saman
Anda boleh membuat semakan saman PDRM ini di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara bagi mengetahui jenis kesalahan dan saman yang ada.
Selain itu semakan juga boleh dibuat secara online melalui portal MyBayar Saman melalui pautan berikut;
Ikuti langkah-langkah berikut untuk check saman :
- Klik butang ‘DAFTAR’ untuk daftar sebagai pengguna baharu
- Isi maklumat peribadi – no. kad pengenalan, nama, alamat, alamat emel dan nombor telefon
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit
- Log masuk dengan nombor kad pengenalan (untuk ruangan Id Pengguna) dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Log masuk dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan untuk buat semakan
Anda juga boleh membuat semakan saman melalui SMS melalui cara berikut;
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan atau No Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
- Tunggu sehingga makluman saman diberikan.
Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info lanjut dan maklumat terkini berkaitan Diskaun Saman PDRM, sila ikuti di laman sosial dan laman web Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM bagi tujuan maklumat yang sahih lagi tepat
Laman web | https://trafik.rmp.gov.my/COPSPortal/Index.aspx |
https://www.facebook.com/JSPTPDRM | |
https://twitter.com/pdrmsia_trafik | |
https://www.instagram.com/pdrmsia_trafik/ |
Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada diskaun pengurangan saman PDRM ini.
Sumber: Facebook JsptKL.
Soalan Lazim (FAQ)
1.Kemalangan
2.Kesalahan tidak boleh kompaun (NC)
3.Kesalahan bicara mahkamah (M)
4.Tidak patuhi isyarat lampu merah
5.Saman berstatus waran (W)
6.Memotong di garisan berkembar
7.Kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori)
8.Kesalahan pengubahsuaian ekzos
9.Memotong secara berbahaya
10. Saman berstatus OP selamat
11. Menggunakan lorong kecemasan
Mulai 20 Mac hingga 31 Mac 2023
1) Bayaran secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara
2) Bayaran secara atas talian (online)
3) Bayaran melalui mesin ATM Maybank
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.
The post Diskaun Saman PDRM Sehingga 60% 20-31 Mac 2023 Hari Polis appeared first on Info Terkini Bantuan.