TERKINI: Permohonan Bantuan e-Wallet RM200

Permohonan Bantuan e-Wallet RM200

Sama seperti tahun sebelumnya apabila Bajet 2022 dibentangkan, Bantuan e-Wallet 2023 untuk belia akan diteruskan pada tahun ini. Ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023

Apa yang menarik mengenai e-Tunai tahun ini adalah ia menawarkan kadar bantuan tambahan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini sahaja.

e-Tunai dijenamakan kepada e-Tunai Belia Rahmah.

e-Tunai Belia Rahmah 2023
Berdasarkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Tunai bagi tahun 2023 akan diteruskan.

Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta belia yang berumur 18 sehingga 20 tahun.

Untuk makluman, kadar bayaran e-Tunai pada tahun ini akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.

Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023
Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif e-Belia rahmah akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-wallet kepada yang layak:
  • e-Tunai Belia Rahmah : RM200

Syarat Kelayakan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023
Berikut dikongsikan syarat kelayakan bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023:
  • Belia berumur 18 sehingga 20 tahun: dan
  • Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas

Kami akan mengemaskini lebih banyak maklumat mengenai inisiatif e-Belia ini jika terdapat sebarang maklumat baharu mengenainya.

Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

LihatTutupKomentar